Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pekin punca Remy, Ummi bergaduh?

Isnin, 4 Januari 2010

Malah, ada khabar angin mengatakan punca pergaduhan pasangan kekasih, Remy Ishak dan Ummi Nazeera itu berpunca daripada orang ketiga yang mula ‘masuk jarum’, menyebabkan seorang daripada mereka naik angin dan mula mempersoalkan kesetiaan masing-masing. Antara dikaitkan dengan cerita itu termasuk pelakon Pekin Ibrahim, yang sebelum ini kelihatan rapat dengan Ummi, terutama ketika menjalani penggambaran filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid di Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Menurut sumber, hubungan mereka akrab seolah-olah pasangan bercinta dan asyik ‘berkepit’ di sana, menyebabkan ramai menuding jari Pekin adalah punca sebenar hubungan Remy dan Ummi pecah berderai. Bagaimanapun, anak muda kelahiran Kelantan itu tegas menafikan dia terbabit dalam cinta tiga segi, apatah lagi parut yang baru sembuh akibat putus cinta dengan Ayu Raudhah sebelum ini masih jelas.

Menurutnya, dia tidak pernah berniat merampas kekasih orang, sebaliknya sekadar berkawan dengan sesiapa saja yang menghulurkan salam persahabatan memandangkan penggiat dunia seni sememangnya akrab sesama sendiri.

Iqram Dinzly, Fouziah bermesra

Dua pelakon yang sudah tidak asing lagi hangat diperkatakan percintaan diantara mereka kini makin lama makin intim dimana-mana sahaja mereka berada walaupun menjalani pengambaran baru-baru ini di Pulau Langkawi. Gaya santai mereka seakan-akan pasangan kekasih romantik yang berbulan madu. Namun dalam tidak disangka, Lana Nordin juga bergambar sama dengan Iqram dalam suasana lain. Apa ini petanda Iqram pasang dua? ngeh3..

Azharina jual program dokumentari?

Dengar cerita, penyanyi montok Azharina yang sudah memiliki syarikat produksi sejak beberapa tahun lalu kini makin ligat dalam bidang terbit menerbit ini. Tapi Azharina belum terbitkan drama lagi, sebaliknya dia ligat terbitkan dokumentari dan program berbentuk majalah televisyen. Khabarnya, Azharina akan menjual program dokumentarinya kepada saluran Asia, sesuai dengan program terbitannya, Asia Ekstra. Asia Ekstra menceritakan tentang destinasi-destinasi menarik di seluruh Asia.

Aliah Lee main rahsia soal pertunangan

Kisah pertunangan pelakon dan penerbit, Nur Aliah Lee atau Vee rancak diperkatakan sejak bulan November lalu lagi. Di internet ketika itu, tersebar gambar-gambar Vee dan pasangannya yang diambil pada majlis pertunangan mereka. Vee bagaimanapun terus mengunci mulut tentang pertunangan rahsianya dengan lelaki yang dikatakan adalah seorang ahli perniagaan itu. Cerita terbaru pula mengatakan pasangan ini akan melangsungkan pernikahan mereka pada 8 Januari ini.

Berpeluang bertemu Vee dan pasangannya itu pada majlis perkahwinan anak lelaki Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat (Tok Mat) iaitu Nur Jasni dan pasangannya Liza Mydin di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Shah, Petaling Jaya, kelmarin 3/1/2010, wanita berusia 37 tahun itu bagaimanapun tetap mengelak daripada membicarakan tentang hal tersebut.

Hadir dengan berpakaian sedondon berwarna ungu, pasangannya juga dilihat terus bangun meninggalkan meja makan itu setelah melihat penulis menghampiri Vee. Ditanya tentang pertunangan rahsianya itu, sambil tersenyum Vee yang sudah dua tahun hidup menjanda ini hanya menjawab:
"Susah nak cakap...itu kena tanya dia (pasangannya). Kalau dia ok, saya bolehlah cakap."

Bekas Isteri Nash, Sosilawati di tangkap khalwat?

Ahad, 3 Januari 2010

Seorang usahawan kosmetik terkenal yang kini sedang menjalani majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan RM1.38 juta ke atas bekas suaminya seorang penyanyi rock popular di Mahkamah Tinggi Syariah yang masih lagi belum menemui jalan penyelesaian telah ditangkap berkhalwat tengah malam 1 Januari 2010. Serbuan khalwat itu dilakukan di Astana Damansara Kondominium di Petaling Jaya setelah mendapat aduan daripada masyarakat sekeliling.

Menurut sumber, serbuan itu dilakukan oleh pihak Masjid Kolej UIA yang diketuai oleh seorang ustaz. Serbuan khalwat tersebut difahamkan dibuat pada jam 12.30 tengah malam. Menurutnya, seramai lapan orang terlibat dalam serbuan mencegah maksiat dan khalwat yang dijalankan pada malam tahun baru itu. Kata sumber itu lagi, pintu unit A2 di salah sebuah blok diketuk berkali-kali bermula dari jam 12.05 malam tapi hanya dibuka selepas setengah jam kemudian.

Jelasnya lagi, usahawan kosmetik itu memberi alasan beliau telah singgah ke kondo sewaan teman lelakinya itu selepas keluar makan malam. Tujuan beliau singgah ialah untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan yang direncanakan berlangsung pada minggu hadapan.

Linda Onn keluar Sinar FM?

Peminat: Ini dari sumber-sumber yang boleh dipercayai..L.O dah pun babai dari Sinar; dengar citer dia nak gi ke Suria fm; tak tau betul ke tak, tapi kisah dia tinggalkan sinar tuh memang confirm.... so..ada ke sesapa yang nak menangisi pemergian L.O, selain abang-abang lori?
pada aku, meh la kita ucapkan selamat maju jaya kat dia; semoga terus dimurahkan rejeki dan cepat dapat jodoh. babai L.O....

Majlis Berinai Serina Chef Wan, Gavin

Majlis berinai besar aktres jelita, Serina Redzuawan dan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islam Salahudin Ghafar berjalan dengan selamat. Berkonsepkan tradisional Jawa dan fairy tale adalah gabungan hasil idea Serina dan bapanya Mohd Redzuawan Ismail atau Chef Wan turut dimaniskan dengan sentuhan gubahan pereka kreatif, Datin Linda Rahim.

Menurut Linda, idea asal konsep pada majlis malam tadi adalah daripada pertembungan budaya timur dan barat sehingga tercetusnya ilham mengabungkan kesemua material yang ada menjadi satu. Kemeriahan majlis itu turut diserikan dengan sebuah persembahan tarian tradisional Jawa bagi meraikan tetamu yang hadir. Majlis yang berakhir menjelang tengah malam itu dihadiri hampir 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan rapat.

Siti Nurhaliza berazam dapat anak tahun 2010

Sabtu, 2 Januari 2010

Kata penyanyi nombor satu Negara, Siti Nurhaliza, dia tidak pernah putus-putus berdoa kepada Allah SWT, saban tahun menjelangnya tahun baru Masihi untuk mendapat anak sekaligus mengeratkan lagi kasih sayangnya dan hubungan intim dengan suami yang tercinta, Datuk Seri Khalid.

"Ketika mula-mula kahwin dulu, saya fikir, selepas kahwin kita mesti hendak ada anak. Tapi rupanya, perkara itu tidak mudah seperti dibayangkan. Kini, saya terfikir juga soal anak tapi tidak mahu memikirkan perkara itu secara serius kerana ia soal rezeki dari Tuhan. Ada juga orang yang berehat dua tiga bulan dari aktiviti seni dalam usaha untuk mendapat anak tapi saya pula lebih suka buat kerja seperti biasa. Apabila bekerja, saya berasa gembira kerana dapat menghiburkan orang. Apapun, saya dan suami tidak pernah berputus asa untuk terus berusaha mendapatkan anak seperti diidamkan," katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia dari Kuala Lipis, Pahang ini tidak pernah melihat soal anak itu sebagai kekurangan dalam rumah tangganya.
"Saya tidak berasa sunyi di rumah kerana suami juga sudah mempunyai anaknya sendiri (perkahwinan pertama). Selain itu, ibu mentua juga sering menemani saya di rumah," katanya.

Maizawati Kahwin Februari 2010

Maizawati Zainal pastinya sibuk dengan perancangan perkahwinan memandangkan ibu kepada enam orang anak ini dijangka akan menamatkan zaman ‘solo’nya pada Februari ini. Selepas rumah tangga yang dibina dengan penyanyi dan penceramah Akhil Hayy musnah pada 15 Julai 2009 lalu, wanita yang dikenali dengan panggilan Maiza ini akui kini sudah mempunyai calon yang berjaya mencuri hatinya dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Apa-apa pun, jelas Maiza, dia hanya memikirkan perkahwinan yang mendatang ini sebagai salah satu kebaikan untuk masa depan anak-anaknya. Apabila ditanya tentang gerangan lelaki itu, Maiza berkata cukuplah sekadar memberitahu bakal suaminya itu merupakan orang Sabah.
“Tunggu dan lihat… Insya-Allah, saya akan menjemput peminat yang selalu memberikan sokongan kepada saya selama ini untuk hadir ke majlis yang akan dilangsungkan di Ipoh, Perak nanti. Seperti yang dirancang, saya akan membuat majlis nikah dan bersanding tetapi setakat ini persiapan dilakukan secara ala kadar mengikut hukum,” ujarnya Maiza.
“Hati saya sudah dicuri... mungkin dia paling memahami saya dan mempunyai persamaan dalam beberapa perkara dengan saya. Saya baru mengenalinya selepas penceraian lalu. Kebetulan waktu itu saya selalu berulang-alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur untuk berurusan dengan peguam,” ujarnya Maiza soal bakal suaminya itu.

Pernikahan Serina Chef Wan, Gavin

Dengan sekali lafaz bahasa 'orang putih', aktres jelita Serina Redzuawan sah bergelar isteri kepada Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada pukul 11.30 pagi kelmarin 1 Jan 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk masjid tersebut, Mohd. Nazarudin Mohd. Nazir dengan berwalikan bapa Serina, Chef Wan atau Redzuawan Ismail dengan mas kahwin sebanyak RM1,000.

Pada majlis itu, Serina menerima tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM30,000 dan membalas kepada Gavin dengan sembilan dulang hantaran. Antara barang hantaran yang diberi pihak Gavin kepada Serina terdiri dari sepersalinan baju, kain telekung, beg tangan, gelang tangan, cek bernilai RM30,000, Al Quran dan kek serta sirih junjung. Manakala Gavin menerima Al-Quran, Telefon bimbit, tali leher, jam tangan, kemeja, minyak wangi, tali pinggang, kek dan sirih junjung.

Pasangan pengantin ini akan diraikan dalam majlis berinai besar pada malam ini di NEO, Jalan Sultan Ismail sebelum melalui majlis bersanding di The Royale Chulan malam hari ini.

Pertunangan Sheikh Muszaphar, Dr Halina

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor hari ini telah mengikat tali pertunangan dengan Dr. Halina Mohd Yunus di Hotel Allson Kelana, Seremban, kelmarin (1/1/2010). Majlis pertunangan yang bermula pada pukul 4 petang itu berlangsung sederhana tetapi meriah dengan dihadiri kira-kira 100 tetamu jemputan terdiri daripada anggota keluarga, sanak saudara, rakan-rakan rapat dan wakil media.

Dr Sheikh Muszaphar, 37, segak berpakaian baju Melayu kelabu dan bersamping merah muda dan bersongkok dengan diiringi bapanya Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan ibunya Datin Zuraidah Sheikh Ahmad. Sementara Dr Halina, 29, yang tampak manis berpakaian baju kurung moden merah muda diiringi bapanya Mohd Yunos Mohd Ali dan ibunya Habibah Endan.

Dr Halina menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas dengan lima dulang hantaran. Zuraidah kemudian menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Dr Halina sebelum Habibah pula menyarungkan cincin ke jari manis Dr Sheikh Muszaphar. Pasangan itu memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan mereka sempena ulang tahun ketiga detik Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Okt 2007.

Diana Danielle jumpa orang Asli

Jumaat, 1 Januari 2010

Pelakon muda yang sedang meningkat namanya, Diana Danielle tidak kisah atau memilih sesiapa sahaja untuk bergaul. Orang Asli yang tinggal jauh dari bandar, mendapat perhatian artis comel ini untuk ditemu ramah bagi rancangan ntah apa tue, penulis pun tak tahu, sepertinya acara amal. Namun itulah hakikatnya, disamping itu, Diana juga dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka dan boleh menjadi artis contoh. Artis kaya kita yang lain sekarang ni pergi mana, sebok dengan cerai, harta, konsert dan lain-lain?

Majilis Pertunangan Serina Chef Wan

Keayuan anak gadis tunggal chef selebriti itu dengan baju kebaya moden tona merah jambu muda rekaan Ashley membuatkan ramai mata yang tertumpu kepadanya saat dipanggil dalam majlis merisik dan bertunang yang telah disempurnakan pada tengahari kelmarin (31/12/2009) di The Royale Chulan. Dalam majlis merisik yang penuh istiadat Melayu itu, Serina dengan sekelip mata saja sudah bergelar tunangan jejaka Irish berasal dari London, England, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.

Majlis merisik itu diserikan dengan sesi berbalas pantun yang menceriakan lagi majlis itu. Bakal pengantin perempuan diwakili oleh datuknya, Ismail Mohd Nor manakala pasangannya diwakili oleh Rahim Hashim. Hasil perbincangan kedua-dua belah pihak, akhirnya pihak pengantin perempuan menetapkan wang hantaran sebanyak RM30,000, sebentuk cincin serba satu.

Serina menerima lima dulang hantaran berupa kek cawan, persalinan sutera Thai, tepak sirih, cincin solitaire jenama Tiffany & Co., set wangian dan membalas Gavin dengan tujuh hantaran iaitu kek, tepak sirih, persalinan songket, set wangian, bunga rampai dan halwa betik.

Nora Danish bela nasib status Janda

Stigma terhadap janda sudah lama berlaku. Entah kenapa sejak dari dahulu hingga sekarang, janda sering sahaja dikaitkan dengan cerita-cerita yang kurang enak didengar. Pelakon yang sinonim dengan watak Puteri, Nora Danish mengakui bahawa bukan mudah membawa status janda kerana banyak mata-mata yang memerhati setiap tingkah laku mereka.

"Saya sedar segelintir masyarakat memandang negatif kepada status janda ini, tidak boleh berpakaian seksi, keluar dengan lelaki, pergi clubbing dan sebagainya. Mereka jangka apabila berstatus janda kami perlu jadi lebih baik dan ‘suci’ dan alim sedangkan kami hanya manusia biasa, sama sahaja dengan perempuan lain yang belum berkahwin. Mereka sering melabel janda sebagai perempuan yang jahat dan perampas. Seharusnya mereka lebih kasihan sebab kami mangsa keadaan dan hormat kepada golongan janda," ujar Nora, bekas isteri Rizal Ashram.
Dia turut mengakui bahawa tidak semua janda berperangai buruk seperti yang digembar-gemburkan. Malah kata Nora, ada juga perempuan yang belum berkahwin berperangai lebih teruk dari itu. Nora juga tidak setuju dengan segelintir artis yang melibatkan anak-anak dalam kontroversi rumah tangga selepas berlaku penceraian.
"Saya sudah bagi tahu Jejai (Rizal Ashram) awal-awal, jika berlaku apa-apa kontroversi selepas bercerai jangan sekali-kali melibatkan anak. Saya tidak mahu anak menjadi mangsa keadaan," ujar ibu kepada Putera Raiqal Ramli.
Dia berharap tahun 2010 yang bakal menjelma akan memberi kehidupan baru yang lebih bermakna buat diri dan anaknya.