Maizawati Kahwin Februari 2010

Pada: Sabtu, 2 Januari 2010
Maizawati Zainal pastinya sibuk dengan perancangan perkahwinan memandangkan ibu kepada enam orang anak ini dijangka akan menamatkan zaman ‘solo’nya pada Februari ini. Selepas rumah tangga yang dibina dengan penyanyi dan penceramah Akhil Hayy musnah pada 15 Julai 2009 lalu, wanita yang dikenali dengan panggilan Maiza ini akui kini sudah mempunyai calon yang berjaya mencuri hatinya dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Apa-apa pun, jelas Maiza, dia hanya memikirkan perkahwinan yang mendatang ini sebagai salah satu kebaikan untuk masa depan anak-anaknya. Apabila ditanya tentang gerangan lelaki itu, Maiza berkata cukuplah sekadar memberitahu bakal suaminya itu merupakan orang Sabah.
“Tunggu dan lihat… Insya-Allah, saya akan menjemput peminat yang selalu memberikan sokongan kepada saya selama ini untuk hadir ke majlis yang akan dilangsungkan di Ipoh, Perak nanti. Seperti yang dirancang, saya akan membuat majlis nikah dan bersanding tetapi setakat ini persiapan dilakukan secara ala kadar mengikut hukum,” ujarnya Maiza.
“Hati saya sudah dicuri... mungkin dia paling memahami saya dan mempunyai persamaan dalam beberapa perkara dengan saya. Saya baru mengenalinya selepas penceraian lalu. Kebetulan waktu itu saya selalu berulang-alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur untuk berurusan dengan peguam,” ujarnya Maiza soal bakal suaminya itu.

Tag : , , ,