Nora Danish bela nasib status Janda

Pada: Jumaat, 1 Januari 2010
Stigma terhadap janda sudah lama berlaku. Entah kenapa sejak dari dahulu hingga sekarang, janda sering sahaja dikaitkan dengan cerita-cerita yang kurang enak didengar. Pelakon yang sinonim dengan watak Puteri, Nora Danish mengakui bahawa bukan mudah membawa status janda kerana banyak mata-mata yang memerhati setiap tingkah laku mereka.

"Saya sedar segelintir masyarakat memandang negatif kepada status janda ini, tidak boleh berpakaian seksi, keluar dengan lelaki, pergi clubbing dan sebagainya. Mereka jangka apabila berstatus janda kami perlu jadi lebih baik dan ‘suci’ dan alim sedangkan kami hanya manusia biasa, sama sahaja dengan perempuan lain yang belum berkahwin. Mereka sering melabel janda sebagai perempuan yang jahat dan perampas. Seharusnya mereka lebih kasihan sebab kami mangsa keadaan dan hormat kepada golongan janda," ujar Nora, bekas isteri Rizal Ashram.
Dia turut mengakui bahawa tidak semua janda berperangai buruk seperti yang digembar-gemburkan. Malah kata Nora, ada juga perempuan yang belum berkahwin berperangai lebih teruk dari itu. Nora juga tidak setuju dengan segelintir artis yang melibatkan anak-anak dalam kontroversi rumah tangga selepas berlaku penceraian.
"Saya sudah bagi tahu Jejai (Rizal Ashram) awal-awal, jika berlaku apa-apa kontroversi selepas bercerai jangan sekali-kali melibatkan anak. Saya tidak mahu anak menjadi mangsa keadaan," ujar ibu kepada Putera Raiqal Ramli.
Dia berharap tahun 2010 yang bakal menjelma akan memberi kehidupan baru yang lebih bermakna buat diri dan anaknya.

Tag : , , ,