Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anita Sarawak Dan Lagu Raya

Ahad, 6 September 2009

Album baru sekarang makin banyak dilahrikan, lebih-lebih lagi mahu dekat Hari Raya. Maka banyaklah lagu Raya yang bakal muncul, yang peliknya, lagu Bulan Ramadhan jarang yang keluar, padahal Bulan Ramadhan adalah bulan seribu keberkatan dari Hari Raya. Tak per lah, nak buat macamana kan. Berbalik kepada tajuk, Anita sedang melancarkan album tebarunya berjudul Maafkan, acara itu juga sempat diselitkan pada Bulan Ramadhan ini di Al-Halabi Lounge, Hotel J.W Marriott Kuala Lumpur baru-baru ini.

Wardina Safiyah Berpakaian Renang

Walaupun Wardina Safiyah sudah berkahwin dengan Ikhwan (suami), dan dikurniakan beberapa orang cahaya mata, namun Wardina Safiyah juga mahu kebebasan, kebebasan yang diinginkan adalah mahu mandi di dalam kolam. Dan ini terbukti apabila Wardina Safiyah mandi di kolam dengan berpakaian renang. Fuh tak disangka juga Wardina Safiyah nie, seksi ke tak, anda tengok lah sendiri.

Dian P. Ramlee Kahwin Dengan VVIP

Sabtu, 5 September 2009

Just the latest news that i heard from a prominent figure from the land of 'Bumi Kenyalang' YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Chief Minister of Sarawak is married to Actress, Dian P. Ramlee It was said that YAB Pehin Sri and the whole family is a big fan of P. Ramlee. After the passing of his late wife, Datuk Amar Puan Sri Hajjah Laila he remarries to Dian P. Ramlee (a divorcee) just a couple of weeks ago!!! -Peminat

Abby Abadi Gadis Kampung

Buat pertama kalinya kehidupan Abby Abadi menjadi kekampungan. Bukan kerana muflis atau dah balik kampung Raya awal dan juga bukan pergi ke rumah mertua, tapi dia berlakon dalam sebuah filem, bertajuk Jalan Merdeka (tak tahulah ianya dah keluar atau belum). Mungkin mengisahkan zaman era kemerdekaan dahulu. Selain Abby dalam filem nie, ada juga pelakon lain yang turut menjayakannya seperti, tak tahu pula gelaran mereka, (hehe) cuma nampak seperti pelakon baru-baru.

Cico Harahap Akui Masih Sosial

Cico Harahap atau lebih dikenali sebagai Cico, yang dahulunya digembar gemburkan sebagai seorang yang sosial yang sering ke kelab hiburan untuk melepaskan tekanan, sekarang kehidupan Cico pun masih begitu juga. Namun Cico mengamalkan cara hidup yang sihat dan tak mengambil benda yang tidak sepatutnya. Cico juga akan merancang akan menyambut Aidilfitri tahun ini di Kuala Lumpur bersama ibu dan keluarganya dan anaknya, Rindu Norfitra.

Ucapan Hari Raya Siti Nurhaliza

Bulan suci Ramadhan dan masuk pertegahan bulan dah. Artis-artis kita juga tidak ketinggalan nak ucapakan Hari Raya mereka kepada peminat-peminatnya. Ditambah lagi dengan ucapan artis nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah memberikan ucapan Hari Raya 2009 pertamanya kepada umum atau peminatnya bersempena pelancaran kempen Malaysia Unite for Road Safety (MUFORS) yang akan dilangsungkan pada 09.09.2009 ini.

Fahrin, Scha Kahwin 2011

Jumaat, 4 September 2009

Hubungan yang terjalin sudah memasuki 10 bulan namun itu tidak bermaksud aktres muda yang sedang meningkat naik, Scha Al-Yahya, sudah bersedia untuk menjadi suri di hati aktor kacak, Fahrin Ahmad sekarang Ketika ditemui pada Isnin lalu, Scha menyifatkan perjalanan cinta mereka berdua masih lagi jauh untuk disudahi ke jenjang pelamin.

"Mungkin dalam masa 2 tahun lagi. Maklum sajalah, dari segi mental dan fizikal nampaknya saya masih belum bersedia untuk berumah tangga. Lebih-lebih lagi dari sudut kewangan, rasanya belum tiba masanya lagi," katanya.
Menurut Scha, dia tidak menafikan mempunyai hubungan cinta dengan Fahrin sejak 10 bulan lalu, bagaimanapun masing-masing masih belum pernah membincangkan soal perkahwinan kerana menganggapnya terlalu peribadi.
"Secara jujurnya dia tak pernah tanya soal kahwin, begitu juga saya. Malah saya tak pernah menafikan perhubungan ini dan tidak juga berkata 'Ya' atau 'Tidak' dalam beberapa perkara kerana saya memilih untuk lebih bersikap neutral. Daripada apa yang saya tahu, Fahrin masih mencari kestabilan dalam segenap segi," kata Scha.

Pelakon Baru, Nadiya Nisaa

Aku jarang kali tengok drama melayu kat TV...tapi satu hari tu aku teruja sangat bila aku tengok sebuah drama cerekarama...terbitan Sheila Rusly, tajuk Hanya Aku...best betul drama tu...dan lakonan pelakon Nadiya Nisaa ni terlalu hebat! Kenapa pelakon macam ni seolah terpinggir dalam industri....dia cantik dan unik muka dia....sepatutnya dia lebih popular daripada Fauziah Gouse, Ainul Aisha, Intan Ladyana dan ramai lagi yang lakonan tak seberapa tapi, glamo saja lebih...kan? Kan? Kan? -Peminat

Maizawati Kini Rakam Lagu

Kini nama Maizawati Zainal juga dikenali ramai. Daripada seorang suri rumah biasa, Maizawati atau Myza menjadi sebutan peminat hiburan. Apatah lagi kisahnya beberapa kali menjadi paparan muka depan akhbar. Semuanya gara-gara krisis rumah tangga dengan pendakwah dan penyanyi terkenal Akhil Hayy sehingga membawa kepada perceraian mereka. Akhil akhirnya menikahi Waheeda, wanita yang disebut oleh Myza sebagai penyebab keruntuhan rumah tangga Myza. Namun dinafikan oleh Akhil sebelum ini.

Nampaknya Myza juga memilih bidang seni sebagai penyambung kehidupannya. Sejauh mana kemampuan Myza tidak bolehlah dibuat penghakiman sekarang sebab produknya belum dihasilkan. Tunggulah apabila album yang berkonsep world music itu siap. Nampaknya Myza akan berentap dengan Waheeda sebab konsep muzik yang sama. Myza juga menyelitkan sebuah lagu bertema hari raya dalam album sulungnya yang bakal dipasarkan tidak lama lagi. Beliau memulakan rakaman pada 2 September lalu.

Eja Selamat Lahirkan Anak

Pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja, 37, selamat melahirkan bayi perempuan yang sehat dan comel seberat 2.69kg dan setinggi 47cm pada 1.36p.m. kelmarin (3/4), tiga minggu lebih awal daripada apa yang dijangkakan.

"Kedua-dua Eja dan bayi berada dalam keadaan sihat," kata suaminya Mohd. Silahuddin Jamaluddin, 49 menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS).
Aktres jelita tersebut sebelum ini tidak pernah mengiyakan mahupun menidakkan tentang statusnya. Hakikatnya, Eja telah berkahwin kira-kira 10 tahun yang lalu. Eja hanya mengaku dirinya sudah berkahwin apabila kandungannya sudah mencecah tujuh bulan.

Tun Mahathir, Ako Mustapha, ada Kaitan

Khamis, 3 September 2009

Mengikut satu akhbar online tempatan, adalah satu berita nie mengatakan Kakak sulung mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafeah Mohamad, 94, meninggal dunia akibat sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC), di Alor Setar, kira-kira jam 9.45 PM semalam (Innalillah..)

Allahyarham sebelum ini mengadu tidak lalu makan sejak tiga hari lalu dan mengadu batuk kahak sebelum dibawa ke KMC oleh anak saudaranya, Datin Yasmin Mashahor, kira-kira jam 4 petang. Arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Akar Peluru, Persiaran Sultan Abdul Hamid, di sini, kira-kira jam 11 pagi ini.

Jurucakap keluarga Allahyarham ditemui di kediaman Yasmin di Persiaran Sultan Abdul Hamid, berkata Rafeah ialah anak sulung daripada lima beradik dan meninggalkan seorang anak lelaki, Ahmad Mustafa Md Hassan, berusia 60-an yang juga bekas Pengurus Besar Bernama dan empat cucu termasuk pelakon Muhaizad Ahmad Mustapha (Ako Mustapha)

Ucapan Hari Raya Lisa Surihani

Hari Raya masih lagi belum tiba, ucapan Hari Raya dah mula diucapkan. Memang satu kebaikkan untuk mengucapkannya, tapi kalau difikirkan puasa masih belum ada lagi separuh bulan. Artis-artis kita dah ramai yang mendahulukan ucapan berkenaan, mungkin nanti tiada masa mahu mengucapkan nya kot. Tapi tak pa lah, asal mereka bahagia. Hehe. Ini adalah ucapan Raya dari kak Lisa Surihani kita. Ngeh3.

Cinta Awal Ashaari Ditolak

Pelakon sensasi dan mancho, Awal Ashari kini mengakui dirinya sudahpun menjadi milik seseorang. Walaupun masih dalam proses mengenal hati budi, namun jejaka berusia 28 tahun ini menyifatkan dirinya cukup bertuah dapat mendekati gadis idamannya selama dia hidup.

"Awal pernah cuba tackle dia dua tahun lepas tapi dia menolak. Awal berhenti hubungi dia seketika dan beberapa bulan lepas kami berjumpa semula dan Awal cuba kembali untuk tawan hati dia dan syukur dia dapat menerima diri Awal seadanya.
"Awal terpikat sebab dia seorang yang sangat independent, bukannya jenis yang mengada-ngada dan sangat berbeza daripada sifat Awal yang manja ni. Sebelum ini memang Awal ada rapat dengan beberapa artis wanita, namun hati belum terbuka untuk bercinta. Kebetulan dia datang pada waktu dan masa yang tepat sehingga hati Awal jadi berbunga-bunga menerima kehadirannya dalam hidup," katanya yang hampir tiga tahun bergelar solo selepas putus cinta pada 2006.
Tidak mengiya mahupun menafikan buah hatinya itu adalah individu yang terlibat dalam industri hiburan tanah air, namun beliau mengakui kekasihnya itu berada dalam lingkungan kehidupan hariannya dan lebih muda daripadanya.

Fasha Sandha Menangis Ikhlas

Dalam rancangan popular di Astro, Macam-Macam Aznil, Fasha Sandha telah dijemput untuk menjadi tetamu undangan mereka. Dalam pada masa yang sama, Fasha Sandha sempat lagi menangis. Menangis dia nie tak tahu lah betul punya menangis atau sekadar gimik sahaja. Al maklumlah dia kan pelakon yang mempunyai ciri serba serbi. Kalau setakat menangis pura-pura, dia boleh juga lakukan. Tapi kalau betul-betul ikhlas, itu cuma dia dengan Tuhan sahaja. Ngeh3.

Scha Al Yahya Terlantar Kesakitan

Rabu, 2 September 2009

Tiada angin tiada apa, pelakon sensasi masa kini, Scha al Yahya telah terlantar dengan pelbagai penampal sakit di bahagian mukanya. Dah lah begitu, lebam-lebam juga dibuatnya. Kes bergaduh ke ni dengan Fahrin atau dengan artis lainya. Mengikut sumber rasmi pula, kes ini berlaku apabila Scha telah digunakan untuk melakonkan drama bertajuk Awan Dania 2, jadi memang lah babak ini seharusnya memerlukan konsentrasi yang terbaik daripada Scha. Jadi Scha amik lah gambar dirinya ini untuk dijadikan kenang-kenangan. Ngeh3.

Punggung Fauzi Nawawi Di Raba

Belum lagi sah mendapatkan wataknya sebagai seorang lelaki biseksual dalam filem Dalam Botol, terbitan Penerbitan JAS Sdn Bhd, aktor kacak merangkap stuntmant terkenal, Fauzi Nawawi dah pun kena raba! Sumber terdekat dengan Fauzi memberitahu, kejadian 'serem' itu berlaku ketika dia sedang beristirahat dalam bilik sauna di sebuah gimnasium yang selalu dikunjunginya.

Kata sumber itu, memang sudah menjadi kemestian, setiap kali habis bersenam, suami kepada pelakon jelita Lisdawati itu akan mandi terlebih dahulu dan kemudian barulah masuk ke bilik sauna untuk membuang segala sisa toksik dalam badannya pula.

"Alih-alih ada pula mamat songsang mana pula cuba ambil kesempatan. Tup-tup mamat tu cuba meraba badan dan punggung Fauzi! Hai, mujur ada tak ada yang kena lempang atau debik! Fauzi tu stuntmant... Walaupun terkezut dan terkedu, Fauzi tetap tenang dan terus keluar dari bilik sauna yang 'menyeremkan' itu," kata sumber berkenaan.

Cinta Baru Ainul Aishah

Jika diikutkan Ainul Aishah, 24, dia tidak mahu lagi terlalu mendedahkan tentang kisah cinta. Bukan ingin terlalu berahsia, tetapi bagi Ain, dia tidak mahu sering menonjol dengan kisah peribadi. Namun, berkali-kali dipujuk, gadis ini akhirnya gagal menolak pertanyaan tentang subjek cinta.

Setelah hubungan yang terjalin selama kira-kira dua tahun dengan seorang anggota kumpulan indie terputus awal tahun ini, Ain akui, dia kini sudah menemui 'seseorang' dan sedang di dalam proses perkenalan lanjut dengan jejaka tersebut. Yakni seorang ahli perniagaan muda berusia 22 tahun (penjual burger ker).

"Baru sebulan mengenali dia. Kami mula bertemu di pejabat ayahnya, ketika itu saya terlibat dengan penggambaran di lokasi tersebut. Dia juga bekerja di sana. Memang hubungan ini masih terlalu baru, jadi saya tidak mahu terlalu bercakap tentang perkara ini," kata Ain

Ogy Ahmad Daud di Raya Ke-2

Rancangan TV bersitkom komedi, Kecoh Petang Raya… Lagi!! turut membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Ogy Ahmad Daud, Adibah Nor, Zahid AF, Adi Putra, Siti Sarah, Harun Salim Bachik, Jalil Hamid dan ramai lagi artis-artis yang turut menjayakannya. Rancangan ini juga akan disiarkan pada Hari Raya Kedua, 21 September, jam 6.00 petang di Tv3. Anda kalau nak tengok, dinasihatkan reminder kalendar di handphone anda tue. Ngeh3

Aein Bakal Kahwin Duda Anak Tiga

Selasa, 1 September 2009

Dengar-dengar Aein yang juga merupakan kembar kepada Ekin akan bernikah dengan seorang duda anak tiga berumur 41 tahun dalam perancangan selepas Hari Raya nanti. Menurut Aein (seorang model pakaian) lagi, dia dan bakal suaminya mempunyai banyak persamaan sekaligus menjadikan mereka serasi dan selesa bersama (konon ker nie, bukan kerana harta?). Walaubagaimanapun Aein tidak boleh memberitahu nama bakal suaminya itu kerana dia hanya mahu mendedahkan identiti duda itu pada hari bersejarahnya nanti. Lelaki itu juga dikenali atas perwatakkannya yang berasal anak kelahiran Kuala Lumpur dan merupakan seorang ahli perniagaan yang begitu sukses sekali.

Linda Jasmine tahun 1996

Tak di sangka penampilan Linda Jasmine (bini Que Haidar) sudah lama dalam dunia anak seni. Cuma kemunculannya bukanlah amat luar biasa pun, cuma muncul di kaca TV. Itu pun iklan tahun 1996, mungkin agak 'usang' sedikit. Baru penulis perasan iklan nie dimainkan oleh Linda Jasmine dan seseorang yang kureng jelas identitinya. Waktu tue Linda masih lagi muda-muda belia, sekarang dah berusia 37 tahun, saham pun dah jatuh menjunam. Ngeh3.

Ezzat Bukan Gentleman, Radhi OAG

Sebulan selepas 'drama' perang mulutnya dengan isteri, Shazlin Shariff di perkarangan mahkamah syariah - sehingga terkeluar kata-kata biadap dan berakhir dengan Shazlin pergi menitiskan air mata - kata Radhi, perhubungan mereka semakin pulih walaupun masih agak renggang.

Ditanya tentang penafian Ezzat Mohd Tahir di Melodi yang lepas-lepas ini atas tuduhan mempunyai hubungan dengan Shazlin, jawab Radhi:

"Sepatutnya dia datang berjumpa saya dulu untuk menceritakan hal ini dan bukannya media. Itu bukan perlakuan seorang 'gentleman'.
"Jika benar tiada apa-apa di antara mereka, jumpa dan beritahu saya. Atau mungkin dia tidak mahu berjumpa. Sebelum ini saya pernah cuba menelefon dan SMS-nya tapi tak berjawab. It's alright," ujarnya ringkas.

Liyana Jasmay Mahu Sharifah Amani

Kehadiran ramai pelakon wanita baru tidak pernah membuatkan Liyana Jasmay berasa gentar. Sebaliknya, dia mengakui lebih menyukai kalau industri perfileman tanah air dipenuhi dengan bakat-bakat muda yang berdaya saing dalam bidang lakonan. Bercakap pula tentang saingannya dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam FFM22 lalu, Liyana berkata, sukar baginya untuk mempercayai kejayaan manis itu.
"Semua pesaing saya dalam kategori itu adalah pelakon yang hebat-hebat. Saya pernah bergandingan dengan Nabila Huda sebelum ini. Jadi saya sedar dia adalah seorang pelakon yang sangat hebat
.
"Tentang Sharifah Amani pula, dia tidak perlulah diperkatakan lagi. Semua orang tahu tentang kehebatan Amani. Cuma saya berharap saya akan diberi peluang berlakon dengan Amani satu hari nanti. Entahlah saya teringin sangat berlakon dengan Amani. Tapi, ada orang cakap saya tak seharusnya digandingkan bersama dengan Amani. Entahlah.. saya pun tidak tahu kenapa tapi saya masih menunggu peluang itu," kata Liyana.