Eja Selamat Lahirkan Anak

Pada: Jumaat, 4 September 2009
Pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja, 37, selamat melahirkan bayi perempuan yang sehat dan comel seberat 2.69kg dan setinggi 47cm pada 1.36p.m. kelmarin (3/4), tiga minggu lebih awal daripada apa yang dijangkakan.

"Kedua-dua Eja dan bayi berada dalam keadaan sihat," kata suaminya Mohd. Silahuddin Jamaluddin, 49 menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS).
Aktres jelita tersebut sebelum ini tidak pernah mengiyakan mahupun menidakkan tentang statusnya. Hakikatnya, Eja telah berkahwin kira-kira 10 tahun yang lalu. Eja hanya mengaku dirinya sudah berkahwin apabila kandungannya sudah mencecah tujuh bulan.

Tag : , , ,