Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Bulan Ramadhan bersama Siti Nurhaliza

Khamis, 6 Ogos 2009

Dalam diam-diam, bulan penuh berkat, bulan Ramadhan tidak lama lagi akan tiba, kehadirannya ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman dan bertaqwa. Dalam pada itu program masakan terbitan Global Station Sdn Bhd sebanyak 15 episod di saluran TV1 bakal menemui penonton sepanjang Ramadan nanti. Yang lebih suprise nyer, ada Siti Nurhaliza dijemput dalam program berkenaan untuk menjadi tetamu jemputan memasak bersama chef Zam (Zamzani Abdul Wahab). Program ini akan bermula pada 21 Ogos ini setiap Rabu, Khamis dan Jumaat pada jam 11 pagi. Semoga kita berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan. Amin.

Rosyam Guna 8 Bomoh Handal

Sekarang ini Aktress terkenal, Rosyam Nor mengalami kecederaan yang tidaklah teramat serius pun. Kata Rosyam mengenai kecederaannya itu, ketika itu dia melakukan aksi libas dalam permainan sepak takraw, tetapi malangnya dia terjatuh. Selepas itu dia terus mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur Sport Medicine Centre, Jalan Dungun. Akibat daripada itu juga lah menyebabkan otot dan ligamen bahu kirinya terkoyak.

"Doktor yang merawat beri cuti rehat selama lapan minggu dan minta saya menjalani pembedahan, tetapi saya mahu berubat cara tradisional dulu. Saya juga pergi berurut sehingga ke Kuantan, Pahang. Saya berurut dengan lapan tukang urut, tetapi tidak berhasil, malah tulang bahu jatuh ke bawah menjadi senget sebelah dan bertambah sakit.Akibat kecederaan itu pergerakan menjadi tak betul, tak boleh banyak bergerak dan hendak tidur pun sakit. Rupanya kecederaan membabitkan ligamen dan otot koyak lebih teruk daripada patah. Jika lama dibiarkan, boleh menyebabkan tangan kiri tidak kuat dan mungkin akan lumpuh. -myMetro
Penulis berharap Rosyam dapat sembuh semula seperti sediakala dan dapat menjalani aktiviti-aktiviti proses pengembaraan filem/drama. Amin.

Akhil Hayy Memasak Sendiri

Ramadhan yang bakal menjelang membuatkan tidak membuatkan Akhil kekok walaupun kini tiada lagi isteri di sisi. Selain mengemas rumah dan juga hal-hal memasak. Bagi Akhil, ini semua ketentuan Allah SWT ke atas setiap hamba-hambaNYA. Pengalaman selepas ini membuatkan Ahkil lebih bersedia untuk hari-hari mendatang yakni masak sendiri di Bulan Ramadhan.

"Semua manusia akan berubah bila tiba Ramadhan, bukan hanya menyambut bulan itu tetapi kita harus menghayatinya, barulah akan terasa manisnya berpuasa. Ramadhan ini ana akan masak sendiri hidangan untuk anak-anak berbuka puasa dan pastinya Nasi Arab dan makanan kampung akan menjadi menu utama," ujar Akhil yang begitu gemarkan gulai lemak daging asam pedas masakan ibunya setiap kali tiba Ramadhan.
Walaupun kini tidak lagi bersama, namun beliau sentiasa berdoa dan berharap bekas isterinya akan mendapat yang lebih baik sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh sekali lagi. -ManggaOnline

Sekitar Majlis Harijadi Stacy ke-19

Selamat harijadi kepada penyanyi kecil molek, Stacy ke-19 yang berlangsung kelmarin 3 Ogos 2009 dan acara dimulakan pada 8.30 malam, bertempat di dewan serbaguna Hotel Crystal Crown, Kepong anjuran bersama oleh Stacy Angie Frenz. Penonton yang hadir ke majlis Hari Jadi itu juga terhibur dengan persembahan nyanyian dan tarian lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ daripada dua orang anak buahnya, Sin Chan dan Adel. Selain itu, Stacy, abangnya, Chaq Mentor dan rakan seperjuangannya yang lain seperti Diddy AF, Thye Mentor, Hyrul Mentor dan Naizle turut menghiburkan tetamu yang hadir. Dengan adanya majlis seperti ini berkemungkinan Stacy akan lebih matang dan seterusnya lebih sukses dalam kerjayanya.

Datuk K Umrah, Siti Nurhaliza 'Dinner'

Rabu, 5 Ogos 2009

Tidak ada isu yang mungkin dibangkitkan disini, cuma usik2 sedikit rumahtangga penyanyi number satu negara, Siti Nurhaliza dengan suami tercintanya Datuk K. Kelmarin (3/8) Siti Nurhaliza memberitahu yang dia baru balik menghantar suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K ke lapangan terbang KLIA untuk mengerjakan umrah sebelum bulan Ramadhan menjelma.
"Dia (Datuk K) mengerjakan umrah dengan anaknya, Asyraf. Saya tak dapat ikut kerana pada 6 Ogos ini saya sudah terikat dengan majlis makan malam Jusco.
"Saya tak boleh nak batalkan untuk menghadiri majlis itu kerana mereka sudah membuat persiapan," katanya mengenai majlis yang akan dilakukan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu. -mStar

Fesyen Baju Pink Serina

Serina atau nama penuhnya Serina Chef Wan (Redzuawan) sememangnya seorang artis yang memiliku body yang mantap. Isu perkahwinannya dengan Mat Salleh yang mungkin diadakan pada Januari tahun hadapan semakin membara-bara dalam hati Serina, apatah Chef Wan akan menjadi seorang atuk kepada seorang cucu. Perkhbaran itu kita doakan akan direalisasi nanti. Sekarang ni cuma penulis nak menyayangkan pakaian yang dipakai Serina, berwarna pink dan kelihatan manis sekali Serina memakainya. Berat badan juga nek juga nampaknya tu. Ngeh3.

Gadis Melayu Musim Ke-2 Sosial

Di manakah keayuan dan keindahan seorang wanita melayu? Adakah pihak TV9 tersalah pilih calon buat kali ini? Pihak kami agak terkejut apabila menerima gambar-gambar panas dan liar seorang peserta Gadis Melayu Tv9 Musim Kedua. Keadaannya sungguh tidak menggambarkan seorang perwatakan seorang gadis melayu asli. Minum arak dan bergaul bebas. Lebih memalukan apabila penerbit program tersebut, Shukri Ibrahim mengatakan bahawa,
“Calon-calon yang telah dipilih telah dinilai dari segi kecantikan, kemahiran, personaliti dan keagamaan.” .
Bagaimanakah ini? Peserta yang menjadi kontroversi ini pula telah mengelirukan orang ramai dengan mengatakan bahawa,
“Walaupun saya berdarah kacukan Melayu dan Cina, saya Gadis Melayu sejati kerana saya memahami dan mempraktikkan budaya dan adat Melayu”. -Syokkahwin

Ajai Akhiri Zaman Duda

Penyanyi dan komposer popular Ajai dan Liza Ilias akhirnya bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 15 Ogos ini. Mereka sudah mula mengedarkan kad undangan kepada rakan media dan jemputan lain. Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Negeri, Pulau Pinang pada pukul 10.30 pagi dan diikuti jamuan doa selamat di rumah keluarga Liza atau nama sebenarnya Norliza Ilias bertempat di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang. (orang penang tue)

Ia sekali gus mematikan gosip liar yang mengaitkan Ajai atau nama Mohd. Faizal Maas) dengan wanita lain selama ini. Mereka sudah lama mengakui hubungan mesra malah pernah merancang bernikah tahun lalu, namun kesibukan masing-masing membuatkan mereka gagal mencari tarikh yang sesuai. Inilah perkahwinan pertama Liza manakala Ajai pernah berkahwn dengan penyanyi Nurul dan memiliki soorang anak, Ayu Nazirah. -ManggaOnline

Ibu Manohara, Daisy Fajarina Seksi

Selasa, 4 Ogos 2009

Kelmarin isu Manohara Odelia Pinot memegang anjing. Tapi hari ini isu ibunya, Daisy Fajarina memakai pakaian seksi tahap anak dara/prawan. Tapi penulis tidak dapat memastikan gambar dibawah adalah 'kembar' ibu Manohara atau sememangnya Daisy sendiri ketika muda dulu (dulu mana ada hp berkamera) atau sekarang. Wajahnya amat mirip sekali dengan Daisy yang seakan-akan Daisy memakai baju dalam/baju tidur dengan mengambil gambar dirinya dengan kamera. Watever..

Gambar Terbaru Nasha Aziz

Sejak gossipnya keluar dahulu dengan seorang jejaka muallaf dan isu kes anak, Nasha Aziz terus senyap dari mana-mana perkhbaran berita. Namun bila program realiti Anak Wayang muncul, Nasha akhirnya muncul serta juga dipanggil menjadi juri disana, dan kelihatanlah keayuan dan kecantikkan Nasha Aziz di sana. U'all tahu Nasha sekarang lakonkan drama/filem apa erk? sepertinya dah jarang dah berlakon. Ngeh3.

Zamani Masih Bujang Lagi

Dulu heboh juga orang bercakap pasal penyanyi Zamani Slam sudah bernikah dengan seorang gadis yang berasal dari Kelantan. Selepas ia diperkatakan, Zamani menghilangkan diri beberapa bulan, minggu, hari dan jam. Ia semacam mengesahkan khabar itu sebagai ada kebenarannya. Tapi baru-baru ini, orang yang rapat dengan Zamani mengatakan Zamani masih membujang dan baru jumpa penyanyi itu beberapa minggu lalu. Macam mana timbulnya cerita dia sudah kahwin.

"Saya ada juga dengar pihak wanita itu sendiri yang menyampaikan cerita kepada pihak tertentu pasal pernikahannya dengan Zamani. Sejak itulah berita itu mula tersebar. Semasa Zamani hilang tu... dia sebenarnya cuba menghindari gangguan wanita tersebut. Memang ada juga wanita itu ikut Zamani ke beberapa majlis tidak lama dulu, tapi saya tak tahulah sejauh mana hubungan mereka," katanya.
Macam tahu pula kisah Zamani dan pernikahan dibualkan, tiba-tiba telefon bimbit sumber itu menerima satu mesej. Antara lain mesejnya berbunyi macam ini:
"You tahu ke Zamani dan gadis bernama J nak kahwin hujung tahun ini."
Eh! bila senyap gosip sudah berkahwin, timbul pula gosip bakal kahwin pula. Tak tahulah siapa pula yang sebarkan gosip itu. Agaknya dia mahu isu itu kembali hangat agaknya. -ManggaOnline Watever, Ngeh3.

Almy Nadia, Fizow Becinta?

Biar betul pelakon berdua nie bercinta. Mungkin ini andaian bebas sahaja daripada kaca mata penulis. Tapi kalau benar pun, apa salahnya, dua-duanya juga single dan juga jarang juga digossipkan dengan mana-mana artis. Almaklumlah artis baru dalam dunia seni, belum ada gossip lagi. Lepas ini, bertimbunlah gossip yang menimpa mereka berdua. Apa-apa pun gambar dibawah mungkin menjadi persoalan hubungan mereka berdua. Ngeh3.

Manohara Odelia Pinot Pegang Anjing

Isnin, 3 Ogos 2009

Apakah ini sebagai satu tanda kenikmatan kebebasan yang dialami oleh Manohara Odelia Pinot selepas pergi dari pangkuan Tengku Fakhry, sampai memegang anak anjing yang sememangnya menjadi trend orang Islam sekarang untuk memiliharanya. Almaklumlah di Istana Tengku Fakhry, jangankan kata nak pegang anjing, bela anjing sahaja tidak ada, yang ada anjing liar malam yang selalu berkeliaran di depan Istana (mungkin). Apa rasional/relevan lagi orang Islam sekarang memegang anjing, hukum Allah S.W.T sudah tidak ditakuti lagi (Nauzubillah). Melainkan lah jika orang itu menyamak setiap kali memegang anjing. Manohara tahu menyamak? anda fikirkan lah sendiri...

Aizat Bukan Miliku, Liyana Jasmay

Sebagai seorang pelakon dan penyanyi popular, Nana tidak terlepas daripada gosip. Salah satu yang menarik perhatian peminat, sudah pastilah kisah percintaannya dengan penyanyi berbakat besar, Aizat. Sumber mengatakan pasangan ini sedang asyik bercinta dan setiap hari mereka sanggup bergayut di telefon berjam-jam lamanya (bengak lah telinga korang tue).

Liyana Jasmin atau lebih mesra dipanggil Nana yang ditemui ketika Metadome All Star Road Tour baru-baru ini menjelaskan yang dia tidak mahu mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Aizat.
“Cukuplah saya katakan yang kami hanya berkawan baik. Saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya bukan jenis yang suka bercerita tentang kisah cinta kepada semua orang. Siapa yang tahu, tahulah. Saya lebih suka berahsia tentang perkara ini. Lebih baik saya bercerita tentang karier saya bukan?” -Gua

Fahrin SMS Scha, Jom Kahwin

Akhirnya Fahrin akui cintanya kepada Scha al Yahya pelakon manis dengan menghantar SMS kepada Scha yang berbunyi, 'sayang' dan juga 'jom kahwin'. Scha tanpa berbelah bagi, memberikan senyuman lebar terhadap SMS itu, lantas Scha kemudiannya pergi berjumpa dengan Fahrin, malah bukan Fahrin sahaja yang dijumpanya 'ibu' Fahrin juga sekali. Apakah ini perkara main-main antara mereka berdua atau hanya dialog yang kebetulan. Saksikan iklan Celcom yang terbaru ini, mengandingkan artis yang kebetulan sedang bercinta. Ngeh3.