Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar Majlis Resepsi Noniswara

Isnin, 3 Ogos 2009

Majlis resepsi Datin Noniswara Baharudin dan Datuk Rosman Ridzwan berlangsung meriah tapi sederhana di salah sebuah hotel di ibu kota pada malam 1 Ogos 2009. Mereka telah selamat diijab kabulkan sebelumnya pada pagi 1 Ogos 2009. Antara mereka yang juga turut hadir termasuk Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group, artis Anne Abdullah, Sharifah Shahora, Norjuma, Radhi Khalid, penerbit filem David Teo.

















Nasib Anak Allahyarham Hani Mohsin Terbela

Ahad, 2 Ogos 2009

Akhrinya Datin Seri Tiara Jacquelina telah diberikan hak mengurus dan mentadbir harta anak perempuannya, Hani Karmila Mohsin sehingga usianya mencapai 21 tahun (lepas tue? siapa nak jaga). Tiara Jacquelina Eu Effendi hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes permohonan penjagaan harta Hani Karmila Mohsin (31/7).

Ketika ditemui selepas keputusan dibuat, penerbit dan aktres terkenal itu berkata harta itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan anaknya yang berusia 12 tahun. Dalam perbicaraan itu, Hakim bertanya Tiara, adakah bekas suaminya, Allahyarham Hani Mohsin ada meninggalkan wasiat, beliau menjawab tiada.

Hakim kemudian bertanya adakah anaknya itu mempunyai ayah saudara atau penjaga lain, Tiara menyatakan sepanjang pengetahuannya, "tiada". Tiara juga memberitahu yang Allahyarham Hani Mohsin merupakan anak tunggal dan kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia.

Fazura Mengurat Aaron Aziz

Tidak dijangka Hairi memenangi Anak Wayang musim pertama kelmarin (1/8), mengalahkan Hafiz yang pada awalnya mendahului undian. Hairi juga menangi hadiah kereta Honda Jazz. Orangnya juga kacak berbanding Hafiz, jadi kalau menang memang tak hairan pun. Berbalik kepada tajuk, ada juga terselit kegedikkan Fazura dalam acara semalam, ketika itu dalam menjemput pelakon Aaron Aziz nek ke pentas. Kata Fazura, "Hai Aaron. Bulu mate I cantik tak?", tiada soalan lain ke Fazura ni, Aaron tue dah berbini ler. Sebelum ni sempat juga mengurat Rusdi Ramli. Ngeh3.


Jojo Struys, Saiful Apek Bergambar

Memang gambar di bawah ini biasa-biasa sahaja, tiada yang luar biasa pun. Cuma Apek bertuah sedikit dapat bergambar dengan personaliti tv (NTV7), Jojo Struys dengan memegang pinggangnya di tepi. Jojo diakui seorang yang manis dan cantik. Dan baru-baru ini dia menyambut ulang tahunnya ke-??. Cuma dia non-muslim jadi sukar mahu digossipkan dengan artis-artis yang muslim lain. Jadi kalau korang nak tengok Jojo, di bawah ini ada gambar nya.

Sekitar Majlis Pernikahan Noniswara

Noniswara Baharudin, 39 tahun, akhirnya selamat diijabkabulkan dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan, 50 tahun selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas Isyak malam kelmarin (31/7). Mas kahwin bagi perkahwinan pasangan ini adalah sebanyak RM 317. Namun wang hantaran 'dirahsiakan' kerana Nonis tidak mahu ianya dihebahkan.

Ini adalah perkahwinan kedua (janda dan duda bersatu, ngeh3) bagi kedua pengantin yang kelihatan berseri-seri dengan berpakaian putih sedondon. Selebriti yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan mempunyai tiga anak dari perkahwinan pertama sementara Rosman pula berstatus duda dan mempunyai lima anak dari perkahwinan terdahulu.

Hantaran sebanyak tujuh dulang dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan iaitu Cincin, Set wangian, Beg tangan (Channel), Kasut (Jimmy Choo), Manisan, Tepak Sireh dan Kek. Manakala hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki pula adalah sebanyak sembilan dulang iaitu Kitab Al-Quran, Tepak Sireh, Manisan, Set Wangian, Cincin, Jam Tangan, Set Pakaian Lelaki (Raoul), Kasut dan Kek.

Majlis resepsi akan berlangsung pada esok malam, 1 Ogos pada jam 8 malam di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Namun kata Nonis, majlis perkahwinannya akan berlangsung secara ringkas dan sederhana untuk meraikan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. -mStar

Tahniah kerana berusaha menyambung zuriat lagi, semoga berbahagia ke akhir hayat. :)

Norman, Memey Semakin Cerah Bebas

Sabtu, 1 Ogos 2009

Keterangan saksi hari ini sukar untuk membuktikan yang pasangan tertuduh, aktres Memey Suhaiza dan aktor Norman Hakim melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 1 (a) dan (b) membabitkan berkhalwat. Saksi, Abdul Rahman Lai dalam perbicaraan kes itu berkata dia hanya mengesyaki pasangan Memey-Norman melakukan kesalahan itu sekitar pukul 2 hingga 2.30 pagi ketika disoal oleh Timbalan Pendakwaraya.

Rahman juga memaklumkan dia bersetuju dengan soalan peguam syarie yang dia terjumpa Memey pada pukul 2.45 pagi di tingkat bawah manakala Norman di tingkat atas pada pukul 3 pagi sekali gus tidak menunjukkan mereka melakukan kesalahan itu. Rahman yang bertugas sebagai ketua operasi di Jabatan Agama Islam Selangor itu juga mengaku tidak mengambil sebarang barang bukti kes di lokasi kejadian termasuk gambar sewaktu menahan pihak tertuduh. baca lanjut...

Pian Cecupak Berlakon Pondan

Kecian dengan Pian ni, dulu dah kena kecoh kerana membuat pembedahan plastik, dan itu tidak melunturkan semangatnya untuk terus cari duit untuk survive. Kali ini dengan pembedahan plastik itu, dia akan berlakon watak sepertinya macam pondan dalam rancangan Alamak di Astro minggu depan. Ntah lah apa pandangan orang kepada Pian ni. Bagi korang pula, bagi lah komen positif kepadanya, kalau negatif agaknya diperlahan2 kan sedikit, kalau nak laju, nanti bila isu Azwan Ali keluar lagi. Ngeh3.

Hafiz Hamidun, Shazwani Putus Tunang

Ikatan pertunangan komposer, penyanyi dan pengacara, Hafiz Hamidun, 25, bersama tunangnya, Shazwani Haridan, 21, akhirnya tidak sampai ke jinjang pelamin. Mereka bertunang pada ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos tahun lalu. Pada Sabtu lalu, 25 Julai, keluarga pihak perempuan sudah pun bertandang ke rumah Hafiz untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.

Malam tadi, Hafiz sudah pun menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan terdekatnya yang tertulis:
"It's official now, I'm single."
Redha dengan apa yang terjadi, Hafiz berkata keputusan putus tunang itu tidak melibatkan orang ketiga jauh sekali wujud pertelingkahan antara mereka berdua.
"Kami tak pernah bergaduh pun. Sebenarnya keputusan ini dibuat disebabkan saya yang terlalu sibuk dengan komitmen kerja dalam bidang seni dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai tunangan orang. Kami tunang tak sampai setahun. Secara jujur, saya tak terkejut pun sebab sebelum ini Shazwani ada memberikan bayangan tentang niatnya itu. Apa boleh buat sudah takdir dan hubungan kami hanya di situ saja. Jadi sebelum kami berumah tangga dan keadaan menjadi buruk, wajarlah kami berpisah," jelas Hafiz.
Hafiz berkata, sekarang Shazwani baru melanjutkan lagi pengajian ke peringkat ijazah di Uniten, Muazam Shah.
"Mulanya keluarga saya terkejut sebab tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kami nak putus tunang. Bagaimanapun, mak dan ayah saya OK selepas mendengar segala penjelasan. Cuma saya lihat keluarga Shazwani berasa agak sedih," kata Hafiz yang masih berkawan dengan bekas tunangnya itu. -Murai

Alkisah depan Bekas Rumah Amelina

Perintah mahkamah yang diterima untuk mengosongkan rumah sewa banglo, dua tingkat bekas penyanyi dangdut Amelina di Kota Kemuning, Shah Alam seharusnya bermula dengan lelongan barangan rumah pagi kelmarin (30/7). Namun, perkara itu tidak terjadi setelah Amelina dan suaminya, Reduan Mahmood tampil menunjukkan surat mahkamah bahawa barang-barang milik mereka tidak boleh dikeluarkan dari rumah itu.

Dan pasangan itu juga telah membuat bayaran sebanyak RM3 800 kepada pemilik rumah, Ravi atau nama sebenarnya K. Madhavankutty sebelum ini melalui peguam Ravi, Arnold Andrew. Insiden menjadi lebih ‘dramatik’ apabila Ravi terlebih dahulu telah meminta beberapa orang mengeluarkan barang-barang kepunyaan pasangan ini tanpa menghiraukan surat yang ditunjukkan oleh mereka.

Beberapa minit selepas itu, Ravi dan pasangan itu bertikam lidah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Ravi. Sejurus selepas itu, suami Amelina tiba-tiba menggertak Ravi untuk menyaman sesiapa yang mengeluarkan barangan daripada rumahnya. Bagi meredakan pertengkaran, pihak polis yang hadir bersama Ravi pada pagi tadi terus mengambil dan membaca surat perintah mahkamah yang didakwa melarang Ravi dari mengosongkan rumah itu.

Timbul sedikit kekeliruan apabila Ravi dan Amelina mengeluarkan dua surat perintah mahkamah yang bercanggah. Ketika ini, peguam Ravi pula, Arnold Andrew mencelah. Beliau tampil menjelaskan surat yang dikeluarkan oleh Amelina dan suaminya, sebenarnya adalah surat rayuan kepada Mahkamah Tinggi agar perintah mengosongkan rumah sewanya hari ini tidak dilaksanakan sementara menunggu perbicaraan.

“Surat rayuan itu tidak sah kerana pemilik rumah ini sudah terlebih dahulu mendapat perintah untuk pecah masuk rumah dari mahkamah majistret terlebih dahulu sebelum surat rayuan itu dikemukakan oleh Amelina. Jadi tindakan (mengosongkan rumah) hari ini akan diteruskan mengikut perintah mahkamah,” kata Andrew. -mStar