Sekitar Majlis Pernikahan Noniswara

Pada: Ahad, 2 Ogos 2009
Noniswara Baharudin, 39 tahun, akhirnya selamat diijabkabulkan dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan, 50 tahun selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas Isyak malam kelmarin (31/7). Mas kahwin bagi perkahwinan pasangan ini adalah sebanyak RM 317. Namun wang hantaran 'dirahsiakan' kerana Nonis tidak mahu ianya dihebahkan.

Ini adalah perkahwinan kedua (janda dan duda bersatu, ngeh3) bagi kedua pengantin yang kelihatan berseri-seri dengan berpakaian putih sedondon. Selebriti yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan mempunyai tiga anak dari perkahwinan pertama sementara Rosman pula berstatus duda dan mempunyai lima anak dari perkahwinan terdahulu.

Hantaran sebanyak tujuh dulang dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan iaitu Cincin, Set wangian, Beg tangan (Channel), Kasut (Jimmy Choo), Manisan, Tepak Sireh dan Kek. Manakala hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki pula adalah sebanyak sembilan dulang iaitu Kitab Al-Quran, Tepak Sireh, Manisan, Set Wangian, Cincin, Jam Tangan, Set Pakaian Lelaki (Raoul), Kasut dan Kek.

Majlis resepsi akan berlangsung pada esok malam, 1 Ogos pada jam 8 malam di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Namun kata Nonis, majlis perkahwinannya akan berlangsung secara ringkas dan sederhana untuk meraikan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. -mStar

Tahniah kerana berusaha menyambung zuriat lagi, semoga berbahagia ke akhir hayat. :)

Tag : , , ,