Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anak Saudara Camelia Buat Hal atau Show?

Jumaat, 5 Jun 2009

Camelia memang seorang artis yang cukup terkenal dengan keayuannya. Namun keayuaan tetap akan pudar juga dimamah usia. Dahulu Camelia juga pernah bersosial sambil menjadi bualan hangat apabila dihadapannya ada a@#$. Tapi kali ini penulis nak mengisahkan adik saudaranya yang bernama Arafah@Arabyrd. Kemungkinan dia berada di luar negara kalau melihat dari gambar ini dan juga mungkin dia juga seorang penghibur. Namun, gaya dan penampilannya sungguh liar dan tidak mengambarkan cara orang Malaysia.


Lan akan Tinggalkan MUH?

Di sebalik khabar sesetengah pelosok industri bahawa penyanyi Meet Uncle Hussain, Lan, yang kini dituduh kononnya kembali ke gara-gara perangai lama telah menyebabkan media hiburan tempatan tidak senang dengannya. Sekarang realiti yang mungkin lebih mengejutkan adalah cerita bahawa Lan telah keluar dari kumpulan rock perdana masakini.

Hubungan renggang di antara anggota kumpulan bukanlah benda yang baru dalam mana-mana kumpulan dan MUH tidak terkecuali, dengan spekulasi bahawa pengurus kumpulan yang juga merupakan pasangan salah seorang anggota, membuatkan banyak keputusan kewangan band tersebut dibuat dengan berat sebelah kepada satu pihak sahaja.

Sepanjang tahun lepas dan tahun ini, karier sensasi MUH telah menyaksikan mereka berempat bersama digelar juara Anugerah Juara Lagu ke-23, menerima pencalonan dan memenangi pelbagai julangan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 serta Anugerah Industri Muzik 2009, dan bulan depan akan menyahut cabaran Shout! Awards pula, di mana mereka dicalonkan di dalam beberapa kategori hangat.

Menurut sumber, Lan cuma telah mengatakan bahawa dia “dah tak tahan” dan kini sedang mencari anggota-anggota ‘line-up’ baru untuk menyertainya dalam karier solonya. Vokalis mantap itu yang dikatakan “bermasalah disiplin” dan masih enggan komit pada MUH akan merupakan anggota asal kedua yang keluar dari kumpulan tersebut selepas Kudux, pengasas kumpulan yang sekarang bersama kumpulan Pesawat. -Gua

Daphne Iking Pakai Pakaian Dalam

Siapa tidak kenal pengacara dan aktres jelita, Daphne Iking Daphne, penolong produser dan hos rancangan The Breakfast Show di NTV7. Baru-baru ini dia pergi ke Sabah untuk berlakon dalam filem Belukar. Masa nak shooting tue, dia sempat amik gambar yang sungguh seksi bila memandang, bukan pakai pakaian dalam terus, namun baju putihnya terlalu jarang dan nampaknya baju dalamnya. Ngeh3.

Ziana Zain Hamil Anak Kembar

Cerita Ziana Zain mengandung bukanlah lagi rahsia dan ramai juga telah mengetahui bahawa penyanyi lagu Lembah Asmara dan Puncak Kasih itu sedang mengandungkan anak kembar.

Terbaru, Ziana dikatakan telah pergi membuat ujian imbasan kandungan dengan pakar perubatan dan mendapat khabar yang menggembirakan bahawa anak kembarnya itu adalah lelaki dan perempuan!

Bagaimanapun, kata sumber itu, Ziana akan membuat satu lagu ujian imbasan 3-D apabila kandungan mencecah 8 bulan tidak lama lagi bagi mengesahkan lagi perkara itu. Murai Batu tahu, apabila Ziana dilaporkan mengandung anak kembar, ia bukan sesuatu yang mengejutkan keluarganya kerana ibu Ziana sendiri juga mempunyai pasangan kembar. Jadi ia ada kaitan dengan unsur genetik dalam salasilah keluarga Ziana dan Anuar Zain sendiri.

Resepsi Titi Kamal dan Christian Sugiono

Khamis, 4 Jun 2009

Biaya Resepsi RP3 Miliar (RM 1.2 Juta)

Titi Kamal dan Christian Sugiono akhirnya mengadakan resepsi pernikahan mereka (31/5). Tentu saja, setelah menanti beberapa bulan, majlis itu jadinya sangat istimewa. Dalam pesta yang dirancangkan kurang lebih dua bulan itu, Titi dan Tian kelihatan seperti King and Queen.
"Alhamdulillah senang banget, teman yang diundang juga bersedia datang," ujar Titi di Jakarta.
"Saya belum pernah berdiri selama ini, kecuali dulu waktu upacara bendera pas sekolah dulu. Ini adalah momen yang kita tunggu-tunggu," sambung Tian yang kelihatan bahagia.
"Di sini kita bisa ketemu teman lama yang sebelumnya cuma ketemu di FB (Facebook, red) dan telepon. Ya bisa dibilang silaturahmi lah."
Dalam majlis itu, kemewahan memang sengaja dipancarkan oleh pasangan selebriti muda ini. Mereka memilih perpaduan warna ungu dan emas di sekeliling serta menampilkan lukisan serta foto-foto.
"Tadinya sih aku mau pink, cuma Tian nggak mau. Makanya aku pilih ungu yang terkesan elegan," kata Titi.
Disinggung soal dana yang dikeluarkan, yang kabarnya mencapai Rp3 miliar (RM1.2 Juta), baik Titi dan Tian tidak mahu menjawabnya. Mereka menuturkan bahawa awalnya konsep pernikahan mereka tidak mahu yang mewah, tapi lebih kepada keselesaan. Tapi hasilnya, justeru kesan elegan dan mewah yang didapatkan mereka. Jadinya, soal dana bukan masalah lagi.
"Ya beberapa kali stripping lah dananya. Pokoknya kita terjun langsung dari dekorasi, souvenir, dan undangan. Tadinya deg-degan karena hari ini hari Minggu, takut teman-teman nggak pada datang," ujar Titi.
"Sekarang saya tahu kenapa orang nikah cuma sekali seumur hidup. Karena capek, pegel berdiri lama nemenin tamu," tambah Tian sambil tersenyum.

Mawi Teruja Lihat Foto Album Perkahwinan

Kini Mawi jarang-jarang muncul dalam persembahan nyayian, kali terakhir dilihat setelah dipanggil menjadi Duta Marrybrown akhir bulan April. Dan selepas hampir setengah tahun perkahwinan mereka yang gilang gemilang bak mengalahkan anak raja kahwin, akhirnya kumpulan Artcreative Photography (group yang mengambil foto mereka time tue) telah menyerah album perkahwinan Mawi dan Ekin, penyerahan berlangsung bertempat di’ LC Katering Johor Bahru, turut hadir keluarga Ekin, secara kecil-kecilan ajer.

Lagi Munna Hafiraniza Cium Kekasih

Dahulu gempak apabila Munna muncul dalam iklan 'awak nampak biru' oleh Celcom. Ada juga artikel sebelum ini dikeluarkan, kerana dia dan Intan Ladyana tengah bersosial dan itu juga sudah menimbulkan banyak pertanyaan. Namun gambar selepas ini lagi ngetop, kiss mulut tue dengan pemuda seperti orang asing. Tanpa segan silu mereka bercium, mungkin ini foto pribadinya, tapi tak tahu bagaimana tersebar, dari dirinya atau orang lain cilok. Ngeh3.

Sheila Majid Menyanyi Di Pentas Kotor

Adeh buat malu sahaja orang Malaysia ni. Pentas nyanyian dijadikan tempat buangan sampah. Tak tahu lah kalau ada show sebelumnya. Tapi kalau nak dilihatkan, memang kotor kepada pentas tu. Namun Sheila Majid tetap menyanyi juga dalam keadaan begitu, sempena CitraWarna 2009 baru-baru ini.

Ahli Perniagaan Bakal Tunang Elyana

Selepas isu dikatakan menghidap penyakit misteri, pelakon serta penyanyi popular Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana seakan menyepikan diri daripada dunia seni. Tidak banyak cerita terbaru tentangnya dipaparkan di media massa.

Anak kedua daripada empat beradik itu turut ditanya tentang khabar angin yang mengatakan dia bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Bagaimanapun penyanyi yang terkenal dengan imej 'berkaki ayam' itu menafikan akan perkara tersebut tetapi tidak menolak kemungkinan untuk bertunang pada tahun ini. Namun tidak banyak yang boleh diceritakannya kerana segalanya masih terlalu awal.
"Kalau nak cakap saya akan berkahwin pada tahun ini rasanya tidak. Tetapi saya mungkin akan bertunang. Namun segala-galanya masih di dalam tahap perbincangan dan kalau segala-galanya berjalan lancar, saya akan hantar kad undangan kepada semua," jelasnya ceria.
Diasak dengan pelbagai pertanyaan tentang majlis pertunangan yang bakal dilangsungkannya, penyanyi yang popular dengan lagu “Tak Tercapai Akalmu” dan “Kalis Rindu” itu enggan mendedahkannya. Katanya segala-galanya masih terlalu awal dan dia risau jika perancangan tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang.
"Kalau betul saya jadi bertunang, saya akan beritahu semua. Buat masa sekarang saya belum buat apa-apa persiapan kerana masih terlalu awal. Nanti kalau tak jadi, saya juga yang malu," katanya.
Ditanya tentang lelaki bertuah yang sedang bertakhta di hatinya kini, anak kelahiran negeri Selengor itu memberitahu dia sudah agak lama berkawan dengannya dan selesa dengan perhubungan tersebut.

Apa yang pasti katanya, lelaki itu tidak terlibat langsung dengan industri seni negara tetapi sentiasa memberikan sokongan kepada kerjaya seninya.
"Dia seorang ahli perniagaan. Apa yang boleh saya harapkan, agar perhubungan ini berkekalan. Cukuplah buat masa ini kerana itu sahaja yang boleh saya katakan," katanya yang cuba mengelak untuk bercerita lebih lanjut tentang teman istimewanya itu. -Gua

Ramzi Pelakon Mukjizat Allah

Rabu, 3 Jun 2009

Kenal ngak dengan Ramzi (Ramzi Geys Thebe) yang membintangi drama bersiri di Astro Aruna. Yang paling baru sekali di Aruna, dia membintangi Mukjizat Allah, Titipan Illahi dan Terajana. Memang lakonannya lucu amat, pantas dengan orangnya sekali. Ramzi udah bernikah dengan Avi Basalamah, dan dikurniakan seorang anak, Asila Maisa Fatihah. Yang bisa penulis suka kok dengan penampilan Ramzi di Aruna, lucu banget. Ngeh3.

Blog Azwan Ali Kena Warning SKMM

Kecian Blog Azwan Ali aka mulut leser tu. Dengar-dengar dah kena Warning keras oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Akibat dek artikelnya yang boleh dianggap menimbulkan isu-isu sensitif, keras (walaupun orangnya tak keras) dan boleh menggugat keselamatan negara (kena ISA ni). Ini dibuat adalah kesan dari aktiviti Flag keatas blog yang dianggap mengeluarkan artikel sesuka mulut bicara dan aduan yang dibuat kepada SKMM oleh seorang pengadu prihatin. Patutlah artikel dia dah lama tak updates, 9 Mei yang lalu. Salam separuh takziah buat Azwan Ali. Ngeh3.

No. Aduan SKMM : 0356/05/09

Tuan,

LAMAN BLOG http://silaserazwanali.blogspot.com

Dengan hormatnya aduan tuan bertarikh 19 Mei 2009 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (”SKMM”) telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis amaran terhadap pengendali laman web terbabit agar beliau memastikan bahawa kandungan di dalam laman blog tersebut tidak melanggar peruntukan Seksyen 211, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan bahawa pemberian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang adalah suatu kesalahan.

Pihak SKMM amat menghargai sebarang komen/aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia di Malaysia.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
@@@dirahsiakan@@@

Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor

Tam Spider Masa Kanak-Kanak

Tam Spider masa kanak2 memang comel. Bukan nak kata apalah, memang tak ader penafian, siapa-siapa time kanak2 memang masa tue dia dianggap comel. Lah sekarang ni, Tam dah besar dah. Rambut pun dah berkali lipat panjang. Hehe. Jangan marah Abang Tam. Sejak keluarkan album Bintang 12 awal tahun ini, kumpulan Spider sepertinya jarang buat show lah. Ngeh3.

Nora Danish Bersosial di Clubbing

Bukan main gumbira sakan lagi mama janda ni. Sejak ditinggalkan suami, ada jer gossip yang menimpanya, soal Fasha, soal Noh, dan terbaru diperkatakan kaki sosial. Bukan sahaja sosial tapi pakai baju pun ala-ala senang nak terlondeh bila ditarik. Namun itu hak Nora, mungkin ini adalah baginya untuk merehatkan otak dari gossip yang sedang melandanya. Ngeh3.