Ahli Perniagaan Bakal Tunang Elyana

Pada: Khamis, 4 Jun 2009
Selepas isu dikatakan menghidap penyakit misteri, pelakon serta penyanyi popular Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana seakan menyepikan diri daripada dunia seni. Tidak banyak cerita terbaru tentangnya dipaparkan di media massa.

Anak kedua daripada empat beradik itu turut ditanya tentang khabar angin yang mengatakan dia bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Bagaimanapun penyanyi yang terkenal dengan imej 'berkaki ayam' itu menafikan akan perkara tersebut tetapi tidak menolak kemungkinan untuk bertunang pada tahun ini. Namun tidak banyak yang boleh diceritakannya kerana segalanya masih terlalu awal.
"Kalau nak cakap saya akan berkahwin pada tahun ini rasanya tidak. Tetapi saya mungkin akan bertunang. Namun segala-galanya masih di dalam tahap perbincangan dan kalau segala-galanya berjalan lancar, saya akan hantar kad undangan kepada semua," jelasnya ceria.
Diasak dengan pelbagai pertanyaan tentang majlis pertunangan yang bakal dilangsungkannya, penyanyi yang popular dengan lagu “Tak Tercapai Akalmu” dan “Kalis Rindu” itu enggan mendedahkannya. Katanya segala-galanya masih terlalu awal dan dia risau jika perancangan tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang.
"Kalau betul saya jadi bertunang, saya akan beritahu semua. Buat masa sekarang saya belum buat apa-apa persiapan kerana masih terlalu awal. Nanti kalau tak jadi, saya juga yang malu," katanya.
Ditanya tentang lelaki bertuah yang sedang bertakhta di hatinya kini, anak kelahiran negeri Selengor itu memberitahu dia sudah agak lama berkawan dengannya dan selesa dengan perhubungan tersebut.

Apa yang pasti katanya, lelaki itu tidak terlibat langsung dengan industri seni negara tetapi sentiasa memberikan sokongan kepada kerjaya seninya.
"Dia seorang ahli perniagaan. Apa yang boleh saya harapkan, agar perhubungan ini berkekalan. Cukuplah buat masa ini kerana itu sahaja yang boleh saya katakan," katanya yang cuba mengelak untuk bercerita lebih lanjut tentang teman istimewanya itu. -Gua

Tag : ,