Pada:
Jumaat, 5 Jun 2009
Hubungan renggang di antara anggota kumpulan bukanlah benda yang baru dalam mana-mana kumpulan dan MUH tidak terkecuali, dengan spekulasi bahawa pengurus kumpulan yang juga merupakan pasangan salah seorang anggota, membuatkan banyak keputusan kewangan band tersebut dibuat dengan berat sebelah kepada satu pihak sahaja.Sepanjang tahun lepas dan tahun ini, karier sensasi MUH telah menyaksikan mereka berempat bersama digelar juara Anugerah Juara Lagu ke-23, menerima pencalonan dan memenangi pelbagai julangan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 serta Anugerah Industri Muzik 2009, dan bulan depan akan menyahut cabaran Shout! Awards pula, di mana mereka dicalonkan di dalam beberapa kategori hangat.
Menurut sumber, Lan cuma telah mengatakan bahawa dia “dah tak tahan” dan kini sedang mencari anggota-anggota ‘line-up’ baru untuk menyertainya dalam karier solonya. Vokalis mantap itu yang dikatakan “bermasalah disiplin” dan masih enggan komit pada MUH akan merupakan anggota asal kedua yang keluar dari kumpulan tersebut selepas Kudux, pengasas kumpulan yang sekarang bersama kumpulan Pesawat. -Gua
Tag : Berita Artis , Lan MUH

