Blog Azwan Ali Kena Warning SKMM

Pada: Rabu, 3 Jun 2009
Kecian Blog Azwan Ali aka mulut leser tu. Dengar-dengar dah kena Warning keras oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Akibat dek artikelnya yang boleh dianggap menimbulkan isu-isu sensitif, keras (walaupun orangnya tak keras) dan boleh menggugat keselamatan negara (kena ISA ni). Ini dibuat adalah kesan dari aktiviti Flag keatas blog yang dianggap mengeluarkan artikel sesuka mulut bicara dan aduan yang dibuat kepada SKMM oleh seorang pengadu prihatin. Patutlah artikel dia dah lama tak updates, 9 Mei yang lalu. Salam separuh takziah buat Azwan Ali. Ngeh3.

No. Aduan SKMM : 0356/05/09

Tuan,

LAMAN BLOG http://silaserazwanali.blogspot.com

Dengan hormatnya aduan tuan bertarikh 19 Mei 2009 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (”SKMM”) telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis amaran terhadap pengendali laman web terbabit agar beliau memastikan bahawa kandungan di dalam laman blog tersebut tidak melanggar peruntukan Seksyen 211, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan bahawa pemberian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang adalah suatu kesalahan.

Pihak SKMM amat menghargai sebarang komen/aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia di Malaysia.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
@@@dirahsiakan@@@

Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor

Tag : ,