Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Fifie Buntaran, Suka Buka Bra
Sabtu, 2 Mei 2009
Artis sinetron Fifie Buntaran ternyata punya kebiasaan unik. Setiap kali tidur, dia selalu melepas penutup payudara atau nama popularnya, bra. Pastinya, bintang sinetron 3 CEWEK BINTANG, DIMANAKAH CINTA dan TAWA SUTRA ini berdalih.






"Emang sih seharusnya dalam 24 jam kita terus pakai (bra) biar tetap kenceng. Tapi aku kalau tidur lebih suka lepas bra, biar lebih leluasa, dan itu bagus untuk peredaran darah," ujarnya yang masih single.Dan soal produk bra, Fifie tergolong setia pada satu jenama.
"Biasanya Venice. Paling aku hunting di Sogo dan Metro," ujarnya penyuka warna pink ini.
"Untuk bra, aku suka warna pink biar kelihatan imut. Tapi item juga boleh terkesan seksi," sergahnya.Fifie mengaku pertama kali pakai bra saat masih SD (SK),
"Tepatnya miniset, karena badan gue waktu SD bongsor banget." Pertama kali pakai, ia bingung cara mengenakannya, mamanya yang mengajari.Salah beli bra juga pengalaman lain Fifie.
"Karena aku tidak tahu ukurannya. Sedangkan kalau di mall nggak bisa coba. Makanya waktu pakai rasanya nggak enak banget," kenangnya lagi.






Dr. Fazley Kembangkan Empayar Keluarga
Kata pakar motivasi, pelakon, pengacara dan ahli perniagaan yang baru bergelar bapa ini, dia semakin bekerja keras untuk mengembangkan empayar perniagaan sedia ada.
Pada masa sama kata Fazley, dia dan isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz, 27, juga merancang menambah tiga lagi anak sekali gus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga mereka.
Kini, kata Fazley, misinya untuk membina sebuah empayar keluarga dengan mengembangkan jenama Fazley dengan lebih meluas lagi serta mengukuhkan lagi jenamanya di luar negara.
myMetro
"Sebelum ini, saya menyepi seketika dari dunia seni kerana memberi keutamaan kepada Fariedz. Kini, Fariedz sudah berusia lima bulan dua minggu dan sudah sampai masanya saya kembali aktif dalam bidang seni.
"Terus terang, saya juga sukar berpisah dengan Fariedz hingga terpaksa membawanya sekali apabila terbabit dengan program di luar daerah sebelum ini," katanya.
Pada masa sama kata Fazley, dia dan isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz, 27, juga merancang menambah tiga lagi anak sekali gus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga mereka."Sebenarnya, saya memang teringin untuk mendapat anak sulung lelaki dan saya bersyukur impian itu dimakbulkan Tuhan," katanya.Sekalipun sudah terbabit dalam bidang nyanyian dan motivasi selama 10 tahun, Fazley atau nama sebenarnya Dr Ahmad Fadzli Yaakob baru meraikan hari jadinya yang ke-31,18 April lalu. Namun, katanya, perjalanan hidupnya masih jauh.
"Bagi saya usia 20 hingga 30 tahun adalah proses pembelajaran saja. Pada usia 31 pula, kehidupan saya baru nak bermula.
"Apapun, kehidupan saya terlalu istimewa dan sudah lengkap sekarang. Lebih menggembirakan, adik lelaki saya, Faizal yang menuntut di Australia sudah kembali ke tanah air selepas menamatkan pengajiannya di sana," katanya.

Kini, kata Fazley, misinya untuk membina sebuah empayar keluarga dengan mengembangkan jenama Fazley dengan lebih meluas lagi serta mengukuhkan lagi jenamanya di luar negara.
"Selain Faizal, saya juga mempunyai dua lagi adik perempuan, Farahdilla dan Farahnadia. Saya harapkan mereka akan menguruskan perniagaan sedia ada, contohnya dalam bidang pendidikan dan motivasi yang saya mulakan ini.
myMetro
Gambar Corrie Lee Dan Isteri
Sebenarnya penulis sendiri tak pernah melihat wajah isteri kepada pelakon dan juga koreografer Corrie Lee atau nama islamnya Adam Corrie Lee Abdullah ni yang selalu main watak penjahat dalam siri Gerak Khas. Maka, secara ekslusifnya penulis nak siarkan gambar Corrie Lee dan juga isteri tersayang beliau kepada anda yang belum lagi melihat gambar isteri beliau, Fazema di sini. Jom layan..










Tomok Juara OIAM 3
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang pada awalnya `tersingkir' berjaya menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta, semalam (1/5).Ini kerana sebelum persembahan bermula, pengacara Marion Caunter mengumumkan penyanyi utama New Boyz itu tersingkir ekoran mendapat jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah sepanjang minggu lalu.
Bagaimanapun, Tomok seolah-olah `mati hidup kembali' apabila orang ramai membuat keputusan mengkehendaki tiga finalis beraksi di peringkat akhir.
Sebelum ini, mereka berpeluang berbuat demikian menerusi undian di laman web www.8tv.com.my/oiam.
Ternyata Tomok membalas kepercayaan mereka dan menterjemahkan peluang keemasan itu dalam bentuk persembahan terbaik pada malam itu.
Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan dilirikkan Tinta S.
Penyanyi berusia 24 tahun itu dalam sidang akhbar berkata, dia bersyukur diberi peluang untuk membuktikan keupayaan.
"Saya memanfaatkan peluang itu dengan memberikan apa-apa yang termampu. Alhamdulillah, saya berjaya akhirnya selepas menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran," katanya.
Pertandingan OIAM peringkat akhir diadakan di Stadium Malawati di sini, semalam (1/5).
Dalam sidang akhbar itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8tv, Ahmad Izham Omar mengumumkan Tomok meraih undian SMS tertinggi sebanyak 39.3 peratus diikuti Esther dengan 33.29 peratus dan Aweera (27.41 peratus).
Untuk rekod, keputusan sebenar itu hampir menyamai keputusan tinjauan (sehingga 2 Mei, 1 pagi) sepanjang minggu ini iaitu, Tomok (39.8 peratus), Esther (34.5 peratus) dan Aweera (25.7 peratus).
mStar








Lagi Gambar di Sini!
Video: BCL - Hanya Untukmu Ost Saus Kacang
Jumaat, 1 Mei 2009
Bunga Citra Lestari telah mempersiapkan judul lagu bertajuk "Hanya Untukmu" atau Just For You. Lagu ini adalah kesinambungan daripada filem yang dimainkannya atau lagu tema utama iaitu "Saus Kacang" dan juga suaminya Ashraf juga ikut bersama dengan iringan irama yang meromantikkan.
Gambar Saida Dan Sairah di WHI
Saida dan Sairah telah dijemput di dalam rancangan WHI kelmarin (30/4). Mereka diundang adalah atas dasar perbincangan isu yang melibatkan tajuk 'Bahana Fitnah' yang dihostkan oleh Ruhil Shafinaz, ceritanya mengenai gossip dan fitnah yang melanda mereka berdua di laman-laman web, almaklumlah artis baru dalam dunia seni. Selain itu Kedua-duanya kelihatan berseri-seri. Namun Siti Nurhaliza tak dapat datang sama, kalau datang bersama mesti lebih lagi berseri-seri.




















Jaafar Onn Bekerja Jadi Chef?
Biar betik Jaafar ni, bukan dia berminat dalam bidang lakonan ke. Pelik pula dia bealih arah kepada bidang masakan. Kalau nak dilihatkan, tak pernah pun sebelum ni dia pandai memasak, tetiba sahaja dia pegang title chef pula. Mungkin rezeki dia kot. Anda jangan silap pula dia cuma melakonkan watak chef Jo dalam drama bersiri Johari Sapeon (Chef Jo) yang akan menemui penonton mulai 7 Mei 2009, setiap hari Khamis jam 11.00 pagi. Barisan pelakon yang mewarnai drama bersiri ini ialah Jaafar Onn (Chef Jo), Bell Ngasri (Azman), Anne Ngasri (Azlynn), Aizad Jazmin, Nor Khiriah, Enot, Anita Baharom, Rozie Othman dan ramai lagi.














Akhil Hayy mengaku Waheeda isterinya!
Setelah sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramai tentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.
Lebih setahun kisah 'panas' mereka hebat diperkatakan. Dalam tempohitu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.
Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang 'status' mereka itu.
Ternyata 'gimik' yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu 'pengumuman' istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.
Malah, sikap 'sporting' yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa 'pasangan' ini mungkin sudah bersedia untuk 'mendedahkan' status sebenar mereka.
-mStar
Lebih setahun kisah 'panas' mereka hebat diperkatakan. Dalam tempohitu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang 'status' mereka itu.
"Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya...tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy (Astro Oasis, Rabu 7.30 malam) untuk musim kedua," kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui pada majlis pelancaran program itu di Ampang, semalam (30/4).
Ternyata 'gimik' yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu 'pengumuman' istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.Malah, sikap 'sporting' yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa 'pasangan' ini mungkin sudah bersedia untuk 'mendedahkan' status sebenar mereka.
-mStar
Nama Siti Nurhalizah dalam Book of Records?
Hah, mungkin ada yang terkejut melihat tajuk berita berkenaan. Kenapa? Tak Percaya? Kalau tak percaya, nyanyikanlah lagu "Percayalah....." gerenti percaya.
Sebenarnya ia adalah rekod Siti menenangi kategori Penyanyi Wanita Popular sebanyak 12 KALI BERTURUT-TURUT dalam sebuah anugerah berprestij pilihan peminat! Gelaran itu pastinya menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang sudah 22 kali dianjurkan.
Pada kajian am, mana ada award dalam dunia ini yang menyaksikan seseorang artis itu menang 12 kali atau 12 tahun berturut-turut gelaran yang sama pilihan peminat. Rasanya, Whitney Houston, Mariah Carey, Shah Rukh Khan atau Michael Jackson pun tak pernah kot?



Sebenarnya ia adalah rekod Siti menenangi kategori Penyanyi Wanita Popular sebanyak 12 KALI BERTURUT-TURUT dalam sebuah anugerah berprestij pilihan peminat! Gelaran itu pastinya menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang sudah 22 kali dianjurkan.
Pada kajian am, mana ada award dalam dunia ini yang menyaksikan seseorang artis itu menang 12 kali atau 12 tahun berturut-turut gelaran yang sama pilihan peminat. Rasanya, Whitney Houston, Mariah Carey, Shah Rukh Khan atau Michael Jackson pun tak pernah kot?

"Terima kasihlah kerana mengutarakan perkara ini. Kita akan semak fakta itu dulu. Kita sedar di peringkat Malaysia dan negara serantau, Siti sudah mencipta rekod baru. Cuma sekarang kita akan mengusulkan perkara ini kepada pihak Malaysia Book of Records dan seterusnya Guiness Book of World Records tentang kejayaan Dato' Siti dalam ABPBH.

"Selama ini memang Siti terus mendapat sokongan peminat dan inilah satu-satunya anugerah yang memberikan seratus peratus kebebasan kepada peminat untuk mengundi kejayaan artis pujaan mereka.

"Kalau benarlah Siti telah mencipta rekod dunia, ia satu kejayaan yang manis buat Malaysia," kata Kak Cham (Pengerusi ABPBH) dengan teruja.

















