Pada:
Jumaat, 1 Mei 2009


Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang 'status' mereka itu.
"Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya...tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy (Astro Oasis, Rabu 7.30 malam) untuk musim kedua," kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui pada majlis pelancaran program itu di Ampang, semalam (30/4).

Malah, sikap 'sporting' yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa 'pasangan' ini mungkin sudah bersedia untuk 'mendedahkan' status sebenar mereka.
-mStar
Tag : Akhil Hayy , Gossip Artis , Waheeda