Anak Artis,
Berita Artis,
Diana Rafar,
Zamarul Hisyam,
Pelakon serta isteri kepada Zamarul Hisham, Diana Rafar telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki jam 3.30 petang kelmarin (29/10). Bayi comel seberat 2.9 kg itu dilahirkan di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam secara normal. Menurut Zamarul, Diana dan bayi kini berada dalam keadaan sihat. Zamarul dan Diana telah mendirikan rumahtangga pada 16 Mei 2009. Zamarul yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Izzat Haiqal dan Iqmal Haiqal. Tahniah!
-Gua
Tag
:
Anak Artis
,
Berita Artis
,
Diana Rafar
,
Zamarul Hisyam