Rini AF Selamat Melahirkan Anak Sulung

Pada: Jumaat, 10 Ogos 2012
Berita baik ini disahkan sendiri oleh portal MediaHiburan yang mana bekas pelajar Akademi Fantasia, Rini dikhabarkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya itu di Hospital Putrajaya pada jam 10.10 pagi semalam.

Bayi perempuan seberat 4.25kg atau bersamaan dengan 8 paund itu diberi nama, Maryam Joanna binti Johanis. Rini berkahwin dengan Johanis pada 16 julai 2011 yang lalu.

Dan ini adalah komentar Rini yang sempat dirakamkan..

"Pertama kali tengok wajah anak, saya menangis terharu sebab dia selamat dan berada dalam keadaan sihat. Sekarang, baru saya faham bagaimana perasaan seorang ibu yang melahirkan anaknya. Suami juga kelihatan teruja bergelar ayah. Lebih menarik, sebaik saja lahir, 'baby' kami sudah pandai menyusu badan,"

Tag : , , , ,