Artis Indonesia,
Jakarta,
Krisdayanti,
Perkahwinan Artis,
Aktress Kris Dayanti dan jutawan, Raul Lemos sah diijabkabulkan di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya Jakarta, Indonesia dengan dihadiri kaum keluarga terdekat serta kenalan rapat pasangan itu. Kedua-duanya dinikahkan sendiri oleh bapa Kris dengan hanya sekali lafaz oleh Raul. Kris menerima hadiah mas kahwin berupa peralatan kelengkapan solat. Pasangan berkenaan juga saling menukar cincin perkahwinan jenama Bvulgari.




Sejurus selepas sah bergelar suami isteri, lelaki itu tanpa segan silu merangkul isterinya dan mengucup bibir Kris di dalam masjid berkenaan. Mereka berdua akan bakal diraikan dalam satu majlis persandingan di Hotel Mulia, Jakarta pada 25 Mac ini.
-gambar Gua | KapanLagi





Tag
:
Artis Indonesia
,
Jakarta
,
Krisdayanti
,
Perkahwinan Artis