Pada:
Jumaat, 25 Disember 2015

Namun ini lah komen Nabil terhadap golongan yang berfikiran negatif terhadapnya.
“Mereka adalah sejenis keyboard warrior, tidak ada manfaatnya dan memang kerjanya suka buat fitnah. Saya ambil kata-kata Prof. Dr. Muhayya. Dia ada cakap, orang yang jadi keyboard warrior ini adalah orang yang kurang kasih sayang”
“Orang jenis ini tiada kawan, tiada perhatian keluarga dan bermasalah dengan diri mereka sendiri, habis semua orang dia hendak serang. Jadi, kenapa kita perlu layan? Bayangkan, mereka tiada kawan, tidak mendapat perhatian keluarga, bermasalah dengan diri sendiri, habis semua orang dia nak ‘serang’”
“Saya jadi kesian orang macam ni. Dia hanya kenal saya di TV, tetapi boleh pula buat fitnah terhadap diri saya. Mereka tak ingat ke, dosa itu akan dibawa sampai dah mati?”
“Mereka ini yang patut dekatkan diri dengan Tuhan. Saya percaya, apabila kita bekerja secara profesional, banyak orang yang akan sokong kita. Banyak orang yang akan suka dan faham akan tanggungjawab yang kita pikul,” jelas Nabil kepada Utusan Malaysia.
Tag : Ahmad Nabil , Berita Artis , Ibadah Haji , Pelakon , Pelawak , Pengacara TV