Aizat mahu menunaikan ibadah Haji tahun ini!

Pada: Khamis, 12 Julai 2012
Aizat Amdan merancang ingin menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas berasa diri sudah bersedia untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima itu. Hati Aizat mula terbuka selepas dia menunaikan umrah bersama-sama dengan Noh (Hujan) dan Altimet bagi menjayakan program TV9, Umrah Kita pada Mac lalu dan menganggap usia bukanlah satu penghalang untuk beribadah.

"Pada pendapat saya, jika ada simpanan kewangan yang lebih serta keizinan kesihatan yang baik, adalah lebih baik untuk kita menunaikan haji semasa umur masih muda.

"Tidak perlu menunggu pada hari tua. Ketika muda inilah, dengan tubuh badan yang sihat dan masih kuat, ibadah kita menjadi lebih mudah.

"InsyaAllah, saya juga berhasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini jika tiada aral melintang," katany. -Via

Tag : , , , , , ,