Fida Diganggu 'Minah' Agar Menjauhi Zalif

Pada: Selasa, 4 Disember 2012
Hubungan yang terjalin diantara pelawak, Zalif Sidek dengan Fida Ibrahim kini terganggu oleh seorang minah yang mahu hubungan diantara mereka retak dan hancur.

Dijadikan cerita, minah ni mungkin bekas kekasih kepada Zalif Sidek, sebab secara logiknya, kenapa mahu menghalang hubungan mereka berdua kan.

Namun Fida memutuskan untuk berkawan biasa dengan Zalif kerana tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa diantara sebab mereka berdua bersama-sama..
"Saya tiada masalah apabila Zalif cakap dia mahu berkawan dan kenal saya dengan lebih rapat kerana saya mahu beri peluang kepada sesiapa sahaja selepas tiada hubungan dengan sesiapa.

"Tetapi sejak cerita tentang hubungan kami tersebar, hidup saya tidak tenteram apabila dia yang mendakwa sebagai teman wanita Zalif mula mengganggu hidup saya.

"Tidak cukup dengan SMS (khidmat pesanan ringkas), dia menelefon saya dan menghambur kata-kata kesat agar menjauhkan diri daripada Zalif.

"Saya jadi takut dan sebab itu juga saya tidak membalas BBM (mesej BlackBerry) yang Zalif hantar kerana tidak mahu masalah ini terus menjadi besar," katanya . -sumber

Tag : , , , , ,