Komen Negatif buat Fida Bersemangat Masuk AF

Pada: Khamis, 1 Ogos 2013
Bila Fida Ibrahim layak ke Akademi Fantasia musim terbaharu, ramai peminat hiburan tempatan yang sepertinya tidak bersetuju dan kurang senang duduk melihat seorang selebriti boleh layak ke pertandingan seperti itu.

Keadaan itu sebenarnya didorong sebab populariti selebriti bakal menenggelamkan bakat-bakat pelajar yang ada kerana persaingan untuk itu sepertinya luas dan tinggi untuk Fida. Namun tidak tahulah kalau persembahan Fida nanti boleh memukau penonton/juri atau sebaliknya.

Namun bagi Fida memetik portal SinarHarian semalam, dia tetap optimis dan bersemangat untuk menyertainya. Tambahan dia bersikap rendah diri semata-mata untuk mempelajari lagi ilmu vokal dan memantapkan pengalamannya.
"Inilah peluang untuk saya meneruskan karier nyanyian yang lebih baik untuk masa akan datang. Walaupun dah bergelar penyanyi, namun saya sebenarnya masih belum mahir dan kurang pengalaman,

"Saya tak kisah apa jua komen-komen negatif yang saya terima sejak berkecimpung sebagai penyanyi. Saya anggap itu sebagai peniup semangat untuk lebih berjaya," -Fida

Tag : , , , , , ,