Pada:
Isnin, 3 Disember 2012
Trofi yang dilelong adalah trofi Anugerah Industri Muzik (AIM) 15 untuk Album Terbaik 2008 menerusi album ‘Aku Muzik Kamu’, trofi Anugerah Juara Lagu 2003 menerusi Kategori Persembahan Terbaik, serta trofi Anugerah Planet Muzik 2008 menerusi Kategori Artis Lelaki Paling Popular.
Telekom Malaysia (TM) merupakan pembida tertinggi dengan RM50,000. Kumpulan Maybank menyerahkan RM20,000, manakala Celcom Axiata menyumbang sebanyak RM10,000 untuk misi kemanusiaan ini.
Menurut Faizal, dia terkejut dan terharu apabila lelongan trofi kemenangannya itu mampu meraih sehingga RM80,000. Jelas Faizal, pada awalnya dia mensasarkan RM30,000 hingga RM50,000 sahaja untuk ketiga-tiga trofi itu.
Wang RM80,000 yang berjaya dikumpul akan disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima yang merupakan kerjasama dengan Mercy Malaysia. Tabung ini telah dilancarkan di Karnival Jom Heboh Kuantan pada 24 November lalu. -sumber
Tag : Berita Artis , celcom , Faizal Tahir , Maybank , Palestine , Penyanyi , telekom malaysia


