Benjy ditahan semula selepas ikat jamin Ibu

Pada: Ahad, 28 Mac 2010
Benjy yang kelihatan tenang, ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret baru-baru ini berhubung kes dadah. Benjy ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin di kompleks mahkamah itu oleh dua orang anggota polis pada 2.50 petang sejurus sahaja Azean selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000. Keluarga Benjy telah datang sendiri ke balai polis berkenaan untuk mengetahui sebab Benjy ditahan semula dan mereka dapat menerima keputusan tersebut.

Tag : , , ,