Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Atikah Suhaimie, Ammar Alfian terlibat video lucah?

Khamis, 15 Oktober 2015

Dengar khabar yang pelakon Atikah Suhaimie dan Ammar Alfian terlibat dalam satu gosip dimana mereka berdua terlibat dalam video lucah dan juga kelibat model, Idris Khan.

Namun buat Ammar dan Atikah, mereka berdua menafikan sekeras-kerasnya gosip video lucah itu, dan menyifatkannya sebagai melampau.
“Saya terkejut apabila diberitahu mempunyai video lucah bersama dua pelakon iaitu Atikah dan Idris. Benda itu tidak benar sama sekali. Saya kecewa kerana disebabkan gosip itu, saya kehilangan tawaran berlakon apabila produser tidak mahu mengambil risiko,” jelasnya melalui B*Pop, akhbar sisipan mingguan Berita Harian.
“Perkara itu tidak benar sama sekali. Saya juga tidak tahu bagaimana perkara ini boleh timbul? Kami memang berkawan baik kerana sama-sama berlakon dalam drama bersiri, Puteri Gunung Ledang. Mungkin orang tengok kami rapat dan mesra”

“Disebabkan itu, mereka mula menyangka yang bukan-bukan, malah mengaitkan saya dan Ammar bercinta,” -Atikah

Ammar Alfian bangga tayang tatu? (2 gambar)

Khamis, 1 Oktober 2015

Dengar khabar yang Ammar Alfian membuat satu yang gempar di laman sosialnya apabila dia memuatnaik gambar dia bertatu.

Namun Ammar menafikan ianya untuk publisiti murahan tapi ianya tatu yang telah ada sejak dua tahun lalu. Tapi rasanya tak perlu tayangkan bro. Kalau sangat nak berubah, simpan je kan apa-apa yang patut.. :)

Kekasih terbaharu Ammar Alfian, seorang.... (gambar)

Jumaat, 14 November 2014

Dengarnya Ammar Alfian yang satu masa dahulu pernah dikaitkan dengan Puteri Sarah, kini sudah menemui pengantinya. Dia adalah seorang model bertaraf antarabangsa yang cukup jelita dan cantik.

Namanya Casandra Azman berusia 22 tahun. Akui Ammar, mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta.
'Ya, saya sedang menjalinkan hubungan dengan sorang model dan dia baru berusia 22 tahun. Sekarang ini saya baru nak aktif semula dalam dunia lakonan manakala dia pula rancak dengan pentas peragaan. Belajar daripada perhubungan lalu, saya tak mahu terlalu merancang kerana bimbang ia tidak menjadi.' -Ammar

Foto Seksi Bukan Untuk Publisiti Tetapi cari Pelanggan - Ammar

Isnin, 18 November 2013

Gambar seksi yang sering dimuatnaik oleh Ammar Alfian di laman sosial miliknya bukanlah mencari publisit murahan tetapi hanya untuk mencari pelanggan menurut portal mStar, ha bukan pelanggan gigolo ok.

Hanya untuk mencari pelanggan pelatih baru untuk yang mahu mengikuti kelas gym kerana tugas Ammar sebagai jurulatih gym berkenaan.

Gambar Ammar Alfian Dengan Wanita Orang Putih?

Jumaat, 10 Mei 2013


Gambar ni diambil dari sebuah Forum Cari. Dan kelihatan sekali gambar Ammar Alfian dengan seorang wanita tidak dikenali dengan bercirikan orang Barat telah melakukan sesi photoshoot. Tidak dipastikan untuk majalah ataupun untuk suka suki.



Syamsul Yusof vs Ammar Alfian

Rabu, 1 Mei 2013


Setelah Ammar Alfian membuat tuduhan kepada bekas kekasihnya Puteri Sarah beberapa hari yang lalu yang mendakwa dia ada hubungan cinta dengan Syamsul Yusof, kini Syamsul sepertinya menyindir Ammar dalam laman sosial Twitter miliknya. Dan kemudian dibalas kembali oleh Ammar di laman Facebook. Kirannya perang cyber la ni.

Sebelum ini Puteri menegaskan yang dia dengan Syamsul tidak ada apa-apa hubungan istimewa memandangkan tahun ini sahaja tidak pernah berjumpa dengan pengarah filem itu.

Ammar Tuduh Puteri Sarah Bercinta Dengan Syamsul Yusof!

Selasa, 30 April 2013

Kecoh semalam apabila bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian menuduh Puteri Sarah ada menjalinkan hubungan mesra dengan anak jutawan Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof.

Tidak diketahui kenapa Ammar bertindak sedemikian menyebarkan gosip yang tidak tahu kesahihan empunya tuan badan, Puteri Sarah. Namun salah satu sebab penting penyebaran gosip ini melalui sumber adalah kerana Puteri sering memburukan Amar ketika sidang media dan di set pengambaraan.
“Mereka mula akrab sejak Oktober 2012 dan kami putus sekitar Disember 2012. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak.

“Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. Saya dah lali dengan perangai dia kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya.

“Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa,” -Ammar.
Dan ini pula komen Puteri melalui portal GUA..
“Saya dah ‘move on’. Dia pun dah ada teman wanita. Saya dah malas nak fikir mengenai perkara yang keluar dari mulut dia tentang saya

“Saya dah penat dengan semua ini. Dia ada bukti ke nak tuduh saya bercinta dengan Shamsul? Apa yang dia buat ni merupakan satu tindakan yang tidak matang

“Apa yang lepas tu, lepas. Saya tak mahu cakap panjang lebar kerana perkara ini tak akan selesai,” -kata Puteri

Kekasih Ammar Alfian Yang Baru?

Ahad, 28 April 2013


Tak pasti ini merupakan kekasih baru kepada pelakon Ammar Alfian Aziz yang dimuatnaik dalam laman sosial Instagramnya atau tidak. Memandangkan ada simbol 'love' pada gambar tersebut yang membuatkan kita rasa mereka berdua sedang bercinta. Kuikui..


Ammar Nafi Sindir Puteri Sarah Bertudung

Selasa, 26 Mac 2013

Bekas kekasih Puteri Sarah Liyana, Ammar Alfian Aziz dikatakan menyindir Puteri melalui laman sosial Facebook pada hari Isnin yang lalu berkaitan dengan tudung yang dikenakan oleh Puteri.

Namun Ammar yang dihubungi oleh portal mStar semalam menyangkal post itu ditujukan kepada bekas kekasihnya itu malah menganggap ianya sebagai 'public post' untuk semua fan page Ammar.

Ammar menyokong tindakan Puteri bertudung walaupun tidak pernah menghubungi setelah putus pada akhir tahun lalu.
"Saya tulis secara ‘random’ (rambang) sahaja, tidak maksud atau tujukan kepada orang tertentu, ia hanya kenyataan umum sahaja.

"Kalau dia (Puteri Sarah) dah pakai tudung itu bagus untuk diri dia, sebab sebelum ini dia pernah bercerita kepada saya hasratnya untuk pakai tudung," katanya

Ammar, Puteri Sarah Sah Berpisah 3 Bulan Yang Lalu

Selasa, 26 Februari 2013

Pasangan kekasih selebriti, Ammar Alfian dan Puteri Sarah dikhabarkan semalam melalui portal mStar yang mereka berdua telah berpisah setelah menyulam hubungan cinta selama 5 tahun.

Sebab berlakunya perpisahan ini kira-kira bulan November 2012 yang lalu kerana sifar Ammar sendiri yang langsung tidak menghargai Puteri.

Dan terkini Ammar merasa menyesal kerana berpisah dengan Puteri diatas keputusannya untuk berpisah dahulu.
"Sebenarnya setiap hari timbul rasa kesal dengan perpisahan kami tetapi hendak buat macam mana sebab kami sudah tidak serasi lagi. Perpisahan itu berpunca daripada kesilapan saya yang tidak pandai menghargai hatinya ketika bersama dulu,

"Sepanjang lima tahun hubungan kami, memang ramai yang dengki dengan memburuk-burukkan nama saya kepada Sarah. Apabila terlalu banyak fitnah kononnya saya curang disampaikan kepada Sarah, lama-kelamaan dia menjadi tawar hati.

"Walaupun saya sudah berusaha untuk meyakinkannya bahawa itu hanya fitnah tetapi ia sukar untuk memulihkan persepsinya kepada saya,

"Biarlah saya fokus pada kerja dan mengembalikan kepercayaan industri dan media menerusi kerja saya," kata Amar

Ammar nafi pukul, cekik Puteri Sarah!

Khamis, 28 Julai 2011

Ammar Alfian Aziz menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian baru-baru ni (link akhbar berkenaan). Menurut Ammar, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.

“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.

“Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.

“Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar. [via]
-kan lebih elok kahwin cepat-cepat, kan dah timbul fitnah daripada mereka yang tak suka dengan anda. Zzz

Ammar terima hidayah mohon maaf kepada wartawan

Jumaat, 12 Mac 2010

Nampaknya begitulah. Walaupun dalam temubual dengan Harian Metro pada 21 Februari lalu, Ammar Alfian Aziz pernah menegaskan, "Saya takkan minta maaf" atas kenyataannya dalam Facebook terhadap para wartawan. Tetapi baru-baru ini, para media telah menerima undangan daripada Seniman untuk menghadiri sidang media khas 'Permohonan Maaf Ammar Alfian Aziz Kepada Wartawan-Wartawan' pada petang hari Jumaat yang penuh berkat ini.

Baguslah jika niat Ammar ikhlas hendak memohon maaf. Takde faedahnya diteruskan permusuhan dengan wartawan. Yang rugi bukannya wartawan tetapi Ammar sendiri yang baru saja hendak bertapak di dalam industri hiburan sebagai pelakon dan model. Mengimbas kembali apa yang berlaku, pada 5 Februari lepas, Ammar telah ke laman Facebooknya untuk meluahkan perasaan marah terhadap wartawan yang dirasakan telah mereka cerita memburuk-burukkannya. -Gua

Isu panas Puteri Sarah, Ammar, wartawan

Rabu, 24 Februari 2010

Pelakon utama filem Lu Pikir La Sendiri The Movie, Puteri Sarah Liyana memohon maaf kepada wartawan di atas kenyataan yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya yang meminta seorang wartawan hiburan berjumpa dan bersumpah di hadapannya dengan bersaksikan al-Quran. Wartawan hiburan tersebut dianggap telah 'membawa mulut' dan mencetuskan kontroversi pergaduhan antara dia dan kekasihnya, Ammar Alfian ketika Majlis Tayangan Filem Lu Pikir La Sendiri The Movie.

Sarah yang ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Asmaradana baru-baru ini juga memberitahu bahawa tujuannya menulis di Facebook kerana dia tidak diberi peluang untuk menjelaskan situasi sebenar. Menurut Sarah lagi, pengarah tersebut memberitahu seorang wartawan daripada Harian Metro telah membawa cerita bahawa dia dan Ammar bergaduh.

Kenyataan ini tertera di laman sosial berkenaan baru-baru ini. Antara lain, Puteri Sarah berkata...
"i balik awal nak gy shooting,org kate i balik awal sebab gadoh! SIAPAKAH ORANG ITU?aminah rhapor bgtau sape but xnakla sebutkan coz im not like u nak burukkan org! ORANG ITU ADALAH REPORTER fr #***. coz of u start reka cite so reporters lain sume prcaya. i juz want u to come n c me n bersumpah PEGANG AL QURAN yg u berk...ata BENAR since u brani sebar fitnah.if xbrani then minta maaf to me n ammar!" -14 Februari lalu pada pukul 9.59 malam
Sebelum ini, Ammar turut dikecam kerana melemparkan kata-kata kesat dan ugutan membunuh kepada wartawan hiburan Malaysia. Malah dalam kenyataanya baru-baru ini di sebuah akhbar tempatan dia enggan meminta maaf atas perbuatannya itu. Sementara itu, Sarah tidak dapat mengelak daripada soalan bertubi-tubi wartawan yang inginkan penjelasannya kenapa dia cuba mengelak dan melarikan diri daripada pihak media. Sarah mendakwa, ini disebabkan dia terlalu sibuk berkejar ke lokasi penggambaran. -mStar

Ammar tunjuk belang nak ugut bunuh wartawan

Isnin, 8 Februari 2010

Tindakan berani Ammar di laman sosial Facebook yang begitu marah dan emosional dengan pihak media dikatakan kerana beberapa sebab tertentu. Kekasih Puteri Sarah Liyana itu, melemparkan kata-kata ugutan dan kesat serta berbaur lucah kepada seluruh wartawan di Malaysia terutamanya wartawan hiburan. Rasa ketidakpuasan hatinya dalam laman sosial Facebook itu dipamer di statusnya pada Jumaat, 5 Februari sekitar pukul 8 malam.

Pelbagai gelaran diberikan pelakon lelaki yang tidak sampai setahun jagung itu kepada wartawan tempatan termasuk 'bodoh' dan 'berpura-pura'. Entrinya di lawan sosial itu malam kelmarin berbunyi:

"Cant believe how stupid n fake reporters are.. creating stories for their own benefits without thingking dat they're ruining other people's lives.. I ***** HATE REPORTERS IN MALAYSIA".

"well they're provoking me by making up stupid dumb story"

"Seriously if i meet up with dat ****** who created those stories bout me im gona ****** kill em.. DATS MY WORD," katanya yang dipetik dari Facebooknya. -mStar

Sikap Amar kurang Professional

Sabtu, 6 Februari 2010

Belum pun sempat bermulanya tayangan perdana filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie, baru-baru ini, sudah terjadi 'tayangan gambar' antara pelakon utamanya Puteri Sarah Liyana dan kekasihnya Ammar. Cerita ini di dengar dari seorang rakan yang kebetulan menjadi saksi kejadian drama swasta itu bersama-sama beberapa jurukamera dan wakil media di salah sebuah panggung terkenal di Petaling Jaya.

Semuanya gara-gara sikap cemburu Amar yang tidak dapat menahan marah dan sikap cemburunya ketika sesi fotografi bersama hero filem berkenaan, Nabil di ruang legar panggung iaitu sebelum bermulanya tayangan perdana. Kerana tidak tahan melihat kekasihnya itu bergambar mesra dengan Nabil (atas permintaan jurugambar), maka Ammar dengan tidak berfikir panjang telah menaikkan suaranya terhadap Puteri Sarah di hadapan beberapa jurukamera dan pihak media tempatan.

Si empunya badan pun apa lagi, naik hantulah. Dia pun secara spontan terus meluru bertanya kenapa buah hatinya itu sentap secara tiba-tiba. Yalah, bukankah Ammar perlu faham bahawa Puteri Sarah sedang berkerja, jadi cubalah bersikap profesional sikit. Ammar pula menjawab dengan rasa tak puas hati. Selepas itu berlarutanlah kejadian bertegang leher antara merpati dua sejoli itu sehinggalah mereka sendiri tak perasan bahawa tayangan perdana filem Lu Oikirlah Sendiri sudahpun bermula.

Kalau cemburu sangat, siapa suruh datang ke lokasi? Padahal pengarah filem itu sudah berpesan kepada setiap pelakonnya untuk tidak membawa kekasih ketika tayangan perdana berkenaan diadakan. Lebih kurang sopan lagi, apabila difahamkan sebaik saja selepas tayangan perdana itu selesai kelibat Puteri Sarah dan Ammar sudah tiada lagi. Walhal selepas itu, sidang media filem berkenaan berlangsung dan kehadiran pelakon wanita cantik itu sangat diperlukan.

Tapi sayang seribu kali sayang, Puteri Sarah sudah pulang terlebih awal bersama kekasihnya. Mungkin ini sama ada gara-gara tak mahu menjawab di hadapan pihak media tentang drama swasta yang mereka buat tadi ataupun mahu memujuk antara satu sama lain. -Murai

Pasangan Kekasih Puteri Sarah Liyana, Ammar Alfian

Isnin, 16 November 2009

Pasangan kekasih yang kurang dikenali ramai Puteri Sarah Liyana & Ammar Alfian akhirnya ditemui juga apabila mereka menghadiri satu majlis di salah sebuah hotel di ibu negara. Kisah percintaan mereka memanglah tiada liputan yang meluas daripada media. Ini bererti mereka menyorokkan kisah percintaan mereka itu daripada umum. Sudah lama juga mereka bercinta, tunggu masa mahu naik pelamin lagi da.

Ammar Alfian Aziz Model Lucah?

Khamis, 22 Oktober 2009

Pelakon baru lelaki yang makin menyerlah, Ammar Alfian Aziz memanglah tidak dikenali ramai lagi, hanya berlakon dalam Tari Tirana. Namun penampilannya begitu meragukan dan membimbangkan, lebih-lebih lagi, dia boleh melakukan pengaksian gaya model berbaur lucah yang menghairahkan. Tidak dipastikan lagi itu pelanduk dua serupa atau dirinya sebenar. Kalau benar, berbahagialah dia di dunia.