Ammar, Puteri Sarah Sah Berpisah 3 Bulan Yang Lalu

Pada: Selasa, 26 Februari 2013
Pasangan kekasih selebriti, Ammar Alfian dan Puteri Sarah dikhabarkan semalam melalui portal mStar yang mereka berdua telah berpisah setelah menyulam hubungan cinta selama 5 tahun.

Sebab berlakunya perpisahan ini kira-kira bulan November 2012 yang lalu kerana sifar Ammar sendiri yang langsung tidak menghargai Puteri.

Dan terkini Ammar merasa menyesal kerana berpisah dengan Puteri diatas keputusannya untuk berpisah dahulu.
"Sebenarnya setiap hari timbul rasa kesal dengan perpisahan kami tetapi hendak buat macam mana sebab kami sudah tidak serasi lagi. Perpisahan itu berpunca daripada kesilapan saya yang tidak pandai menghargai hatinya ketika bersama dulu,

"Sepanjang lima tahun hubungan kami, memang ramai yang dengki dengan memburuk-burukkan nama saya kepada Sarah. Apabila terlalu banyak fitnah kononnya saya curang disampaikan kepada Sarah, lama-kelamaan dia menjadi tawar hati.

"Walaupun saya sudah berusaha untuk meyakinkannya bahawa itu hanya fitnah tetapi ia sukar untuk memulihkan persepsinya kepada saya,

"Biarlah saya fokus pada kerja dan mengembalikan kepercayaan industri dan media menerusi kerja saya," kata Amar

Tag : , , , , ,