Ammar terima hidayah mohon maaf kepada wartawan

Pada: Jumaat, 12 Mac 2010
Nampaknya begitulah. Walaupun dalam temubual dengan Harian Metro pada 21 Februari lalu, Ammar Alfian Aziz pernah menegaskan, "Saya takkan minta maaf" atas kenyataannya dalam Facebook terhadap para wartawan. Tetapi baru-baru ini, para media telah menerima undangan daripada Seniman untuk menghadiri sidang media khas 'Permohonan Maaf Ammar Alfian Aziz Kepada Wartawan-Wartawan' pada petang hari Jumaat yang penuh berkat ini.

Baguslah jika niat Ammar ikhlas hendak memohon maaf. Takde faedahnya diteruskan permusuhan dengan wartawan. Yang rugi bukannya wartawan tetapi Ammar sendiri yang baru saja hendak bertapak di dalam industri hiburan sebagai pelakon dan model. Mengimbas kembali apa yang berlaku, pada 5 Februari lepas, Ammar telah ke laman Facebooknya untuk meluahkan perasaan marah terhadap wartawan yang dirasakan telah mereka cerita memburuk-burukkannya. -Gua

Tag : , , ,