Luahan hati Joy Revfa mengenai suaminya, Hafiz Hamidun, semakin parah?

Pada: Jumaat, 18 Ogos 2017
Dengarnya semakin parah kisah rumahtangga Hafiz Hamidun dengan Joy Revfa ni. Apa taknya, kedua-dua pihak saling membuat status yang tak tahu apa yang ingin disampaikan.

Sehinggakan Hafiz Hamidun sendiri mengeluarkan kenyataan seperti dibawah ini:

Namun bagi Revfa, dia menafikan kenyataannya untuk ditujukan kepada suaminya itu.
"Selama ini, saya berdiam diri dan bersabar kerana ingin menjaga statusnya sebagai 'ustaz penyanyi', tetapi apabila diberitahu dia (Hafiz) menjaja cerita dalam kelambu, tiba masanya saya bersuara.

"Dia menghebahkan cerita tidak pernah 'menyentuh' isteri dari malam pertama hingga sekarang kepada orang luar. Sudah tentu keluarga meminta saya bertindak mempertahankan maruah diri.

"Saya tidak akan bersuara jika bukan dia yang memulakannya. Apa niat dia memutar belit cerita dan membuka aib tidak pernah menyentuh saya? Kenapa harus memberitahu seluruh alam mengenai perkara itu?

"Saya menulis Nukilan Hati di Facebook secara umum, yang sebenarnya bukan ditujukan kepada sesiapa pun. Jadi, kenapa dia yang terasa?

"Tidak mengapa, mungkin dia fikir dirinya lebih berkuasa, tetapi ingat Allah lebih berkuasa daripadanya. Semoga Allah mendengar doa seorang wanita teraniaya," katanya kepada BH Online.

Tag : , , , , , , ,