Pada:
Isnin, 17 Julai 2017
Menurut Syed, hubungan dengan gadis berumur 25 tahun itu pada mulanya hanyalah atas landasan perniagaan.
"Wani merupakan antara pelanggan sabun pencuci pakaian jenama Be Fresh yang diusahakan oleh saya. Bermula atas dasar urusan bisnes, saya kini sedang mengenali hati budi Wani. Saya baru sahaja mengenali Wani tetapi apa yang boleh saya katakan, saya selesa dengan Wani dan dia istimewa di hati saya.
"Wani seorang wanita yang simple. Saya senang berkawan dengan dirinya. Saya juga ada perancangan untuk membawa hubungan kami ke tahap yang lebih serius. Pada sambutan Syawal tempoh hari, saya berkesempatan berkunjung ke rumah Wani untuk bertemu dengan keluarganya. Saya memohon doa agar segalanya dipermudahkan." kata Syed
Tag : Gambar Artis , Kekasih Artis , Negeri Sembilan , Pelakon , Syed Ali



