Pada:
Selasa, 25 Julai 2017
Puteri berkata dia mengenali Pengerusi Eksekutif, Naza World Group of Companies ini menerusi kawan baiknya bernama Yana yang juga merupakan sepupu kepada ahli perniagaan tersebut.
"Saya kenal SM Faisal menerusi kawan baik saya iaitu Yana. Kami memang dah kenal lama dan saya rapat dengan keluarga dia.
"Manakala Yana dan Faisal pula sepupu dekat dan kebetulan masa kami keluar bersama, dia ada ajak Faisal sekali. Dari situ saya kenal dan berkawan dengan dia.
"Sejujurnya, memang tidak ada hubungan istimewa pun sebab kami baru berkawan,
"Saya tak nak sorok apa-apa daripada peminat dan apa yang saya kongsi bukan nak tunjuk yang kami ini bercinta atau pasangan kekasih.
"Saya harap selepas ini tidak ada yang salah faham lagi. Wanita di luar sana masih ada peluang untuk mengenali dan mendekati Faisal," kata Puteri kepada mStar Online.
Tag : Artis Datuk , Berita Artis , Gossip Artis , NAZA , Pelakon , Puteri Aishah


