Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Puteri Aishah bercinta dengan Datuk SM Faisal (NAZA)?

Selasa, 25 Julai 2017

Dewi Remaja 2015/2016, Puteri Aishah menjelaskan bahawa hubungan dia dan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, 37, buat masa ini hanya sekadar kawan biasa.

Puteri berkata dia mengenali Pengerusi Eksekutif, Naza World Group of Companies ini menerusi kawan baiknya bernama Yana yang juga merupakan sepupu kepada ahli perniagaan tersebut.

"Saya kenal SM Faisal menerusi kawan baik saya iaitu Yana. Kami memang dah kenal lama dan saya rapat dengan keluarga dia.

"Manakala Yana dan Faisal pula sepupu dekat dan kebetulan masa kami keluar bersama, dia ada ajak Faisal sekali. Dari situ saya kenal dan berkawan dengan dia.

"Sejujurnya, memang tidak ada hubungan istimewa pun sebab kami baru berkawan,

"Saya tak nak sorok apa-apa daripada peminat dan apa yang saya kongsi bukan nak tunjuk yang kami ini bercinta atau pasangan kekasih.

"Saya harap selepas ini tidak ada yang salah faham lagi. Wanita di luar sana masih ada peluang untuk mengenali dan mendekati Faisal," kata Puteri kepada mStar Online.

Penang here we come! 🙌🏼@puteriaishah_ #roadtrip #penang #ferrarimy70 #ferrari70 #ferrari #nazaitalia #sharewithsmf

A post shared by Faisal Nasimuddin (@faisalnasimuddin) on

Marion Caunter Hamil Anak Sulung

Selasa, 23 Ogos 2011

Tahniahlah kepada host rancangan E! News Asia, Marion Rose Caunter telah di sahkan hamil 6 atau 7 bulan. Isteri kepada konglomerat terkenal dalam Naza Group, SM Nasarudin SM Nasimuddin ini tetap berahsia mengenai jantina bayi dalam kandungan itu. Tetapi berita kehamilannya hanya disahkan sekitar Mac lalu selepas 5 bulan mendirikan rumah tangga.

Yang pasti, pasangan ini tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka bakal dilahirkan pada penghujung November atau awal Disember nanti. Mesti comel dan cute baby tue kan nanti. Papa dia 'ganteng', mama dia pun 'sweet', anak kacukan lah katakan. :)
[via]