Pada:
Rabu, 19 Julai 2017
I Am Me ke ayam mi? Itu antara persoalan netizen yang sudah menonton klip video single pertama Vida yang dilancarkan pada Jumaat lalu.
Kata Vida, bunyi 'ayam' bagi sebutan I Am adalah sengaja dilakukan supaya ia berbunyi catchy dan sedap didengar.
"Kita nak sesuatu yang catchy dan menarik bila didengar. I am, I am sampai jadi ayam, ayam, ayam. Kalau ikutkan bukan ayam saja bunyi kucing pun ada 'miow'.
"Ada juga yang kata bahasa Inggeris saya berbunyi begitu kerana slang bahasa Kelantan. Tidak kisahlah nak cakap apa," ujarnya kepada mStar Online.
Tag : Ahli Perniagaan , Album Single , Jutawan , Kontroversi , Vida , Video Artis


