Pada:
Jumaat, 28 Julai 2017
Berikut adalah komen Adam mengenai Fiza.
"Sebenarnya selepas sahaja kami berpisah saya memang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaannya.Dalam masa sama, Adam menjelaskan hubungannya dengan Fiza kini baik-baik sahaja dan dia tak pernah simpan perasaan benci terhadap bekas isterinya itu.
"Apabila saya dapat tahu dia sudah berkahwin terus-terang saya rasa amat bersyukur dengan berita itu kerana akhirnya ada juga orang yang boleh menjaganya.
"Saya berpeluang berkenalan dengan suaminya baru-baru ini selepas kami terserempak di kedai makan yang sama dan Fiza memperkenalkan saya dengannya.
"Saya lihat suaminya seorang yang baik dan saya yakin Aizat dapat menjaganya dengan baik," katanya kepada Astro Gempak.
"Alhamdulilah hubungan kami sangat baik dan tiada apa-apa masalah.
"Dia merupakan wanita yang pernah menjadi isteri saya dan tak mungkin saya mahu membencinya.
"Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya," katanya lagi.
Tag : Adam AF , Berita Artis , Fiza Elite , Perceraian Artis , Suami Isteri



