Neelofa komen bekas kekasih nak kahwin...

Pada: Khamis, 2 Mac 2017
Seperti sediamaklum, Hans Isaac yang dijadualkan akan berkahwin pada 29 Julai dengan tunanngnya, bekas Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011, Aileen Gabriella Robinson.

Neelofa yang pernah dikaitkan dengan Hans sebelum ini dimana mereka pernah bercinta selama 2 tahun dari 2012 sehingga 2014, sudah mengetahui rancangan perkahwinan Hans lebih awal iaitu sejak November tahun lalu, hampir dua bulan lebih awal sebelum pelakon dan pengarah berkenaan bertunang.

"Sebagai kawan yang lebih daripada lima tahun, saya begitu gembira sebab dia layak untuk bahagia.

"Saya sangat gembira... sejujurnya saya sangat gembira. Dia maklumkan kepada saya November lepas,"

"Hubungan kami tak ada masalah, malah kami ada berhubung minggu lepas... dia ada beritahu pasal bertunang.

"Tiada isu negatif antara kami dan masing-masing boleh bawa haluan sendiri dan kami kekal sebagai kawan," katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , , , ,