Pada:
Jumaat, 20 Januari 2017
"Mama saya bising sebab saya cakap benda-benda begitu kepada umum."Demikian kata Elfira Loy yang kesal kerana kenyataannya baru-baru ini yang bersedia untuk dipinang membuat dirinya dan keluarga dihujani pelbagai persoalan berhubung isu berkenaan.
Lebih kalut, kaum lelaki berpusu-pusu mahu melamar Elfira, menjadikan keadaan lebih kusut.
"Benda (laporan) itu memang mengejutkan bagi saya untuk permulaan tahun baru ini. Bayangkan saya dan mama (ibu) 'dihujani' macam-macam soalan tentang kononnya saya bersedia menerima pinangan daripada mana-mana lelaki.Elfira akui dia tertekan dengan salah faham itu kerana ia seolah-olah membuat Elfira kelihatan seperti seorang yang sangat terdesak untuk 'berlaki' sehingga membuat pengumuman sedemikian.
"pening kepala saya dan keluarga menangani isu ini sejak ia dilaporkan media minggu lalu," katanya kepada mStar Online.
"Apa yang saya maksudkan sebenarnya adalah saya tak mahu 'bercinta kosong' dan 'couple' sehingga membuang masa tapi biarlah bertunang terus kalau sudah jumpa seseorang yang saya serasi," jelasnya.Oleh yang demikian, Elfira berharap selepas ini segala kekeliruan yang timbul akibat salah faham itu dapat dileraikan.
"Mungkin bagi sesetengah orang ia adalah isu remeh dan perkara yang biasa tapi tidak bagi saya.
"Saya bimbang kalau ia mencetuskan salah tanggapan yang berlanjutan. Harap selepas ini isu ini selesai," katanya.
Tag : Artis Bercinta , Berita Artis , Elfira Loy , Ibu Artis , Jodoh , Pelakon


