Pada:
Khamis, 22 Disember 2016

"Hubungan kami masih seperti biasa dan macam sedia kala. Baru-baru ini, kami berjumpa dalam sebuah jamuan makan dianjurkan jemaah haji yang turut serta dengan kami dulu.
"Kami memang tiada masalah. Malahan saat bermesej, saya sendiri gemar menyebut perkataan 'I Miss You' selain mengajaknya keluar berjumpa," kata Neelofa memetik BharianOnline
Akhbar BH Plus Isnin lalu kononnya perhubungan baiknya dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusoff itu terkesan gara-gara penghasilan koleksi 'mesra solat'. Kononnya, idea asal koleksi terbabit adalah daripada Vie yang juga pemilik jenama VHijrah, namun Neelofa yang terlebih dulu mengeluarkan pakaian muslimah berkenaan.
Tag : Ahli Perniagaan , Busana Muslimah , Gossip Artis , Neelofa , Pergaduhan , Tudung , Vie Shantie