Pada:
Rabu, 7 Oktober 2015
Erma mengakui yang dia dan Bade sebenarnya tidak mempunyai masalah rumah tangga namun punca dia memfailkan cerai kerana masalah lain yang berkait dengan perkahwinan mereka. Erma menerima jika dia mempunyai madu tapi tidak mahu mengambil berat mengenai hal rumahtangga madunya itu.
Bade kini sudah berkahwin dengan Aida dan dikurniakan seorang anak.
"Saya tak jadi cerai. Keputusan itu dibuat pada tiga minggu lalu. Saya tengok Bade bersungguh-sungguh mahu menjaga hubungan kami.
”Keputusan itu juga dibuat selepas suami bersungguh-sungguh desak saya tarik balik fail cerai itu. Apatah lagi sudah 27 tahun perkahwinan kami,
"Kami tak bergaduh pun. Penceraian ini tiada kaitan dengan Bade, tetapi kerana masalah lain, ia mengganggu perkahwinan kami.
"Mungkin saya beri peluang pada diri dan Bade untuk menerajui kehidupan bersama. Saya harap perkara ini tidak akan berlaku lagi,"
Tag : Bade , Berita Artis , Erma Fatimah , Penerbit , Pengarah Filem , Perceraian Artis , Poligami



