Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Erma Fatimah sah talak satu.. ini puncanya.. (video)

Jumaat, 18 Ogos 2017


Setelah 26 tahun mendirikan rumah tangga pengarah terkenal Bade Azmi melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya pengarah dan pelakon Erma Fatima kira-kira pukul 11.35 pagi, Khamis semalam.

Bade melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Top 6 selebriti bahagia berpoligami

Isnin, 13 Jun 2016

Enam artis yang telah mengamalkan poligami memetik portal MediaHiburan.

1. Salih Yaacob

Salih memiliki empat isteri iaitu Norlizah Mamat Norraha Hamat, Norfara Wahida Sulaiman, dan Samihah Sheikh Amy (Emi) dan telah menimang cahaya mata ke 13 hasil perkahwinan dengan isteri keempatnya, Samihah.

Ini sebab mengapa Erma Fatima tak jadi bercerai dengan Bade!

Rabu, 7 Oktober 2015

Semalam Erma Fatima memberitahu yang dia menarik balik permohonan cerai yang dibuatnya kepada suaminya, Bade Azmi. Keputusan itu dibuat pada 3 minggu lalu kerana melihat kesungguhan Bade yang masih mempertahankan rumahtangganya itu.

Erma mengakui yang dia dan Bade sebenarnya tidak mempunyai masalah rumah tangga namun punca dia memfailkan cerai kerana masalah lain yang berkait dengan perkahwinan mereka. Erma menerima jika dia mempunyai madu tapi tidak mahu mengambil berat mengenai hal rumahtangga madunya itu.

Bade kini sudah berkahwin dengan Aida dan dikurniakan seorang anak.

Erma mahu bercerai, Bade enggan bercerai.. ini jawapan mahkamah..

Jumaat, 28 Ogos 2015

Erma Fatima difahamkan enggan meneruskan niatnya untuk bercerai dengan suaminya, Bade Azmi. Namun buat Bade dia enggan menceraikan Erma.

Semalam, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memetik mStar, memerintahkan kedua-duanya melantik jawatan kuasa pendawai jika tidak dapat diselesaikan.

Bade enggan bercerai dengan Erma...

Rabu, 17 Jun 2015

Rumahtangga Erma Fatima dengan suaminya, Bade telah hampir musnah apabila Erma memfailkan perceraiannya minggu lalu.

Kini Bade tampil menjelaskan rumahtangga yang dibina 25 tahun itu bukan untuk dimusnahkan, malahan dia berkahwin lagi satu bukan untuk bercerai.
“Saya tidak pernah melafazkan apa-apa pun, setuju nak bercerai jauh sekali. Seharusnya perkara ini dibawa berbincang. Saya bukannya budak kecil dan jenis suka melenting”

“Kepada dua-dua isteri, saya nak beritahu. Saya berkahwin bukan untuk bercerai. Namun, jika takdir menentukan salah seorang atau kedua-dua sekali bukan lagi jodoh saya, apa pun keadaan, bukan kuasa saya. Erma mahupun Aida tahu saya berkahwin bukan untuk bercerai,” -Bade

Erma Fatima, Bade bakal bercerai?

Rabu, 27 Ogos 2014

Menurut khabar angin, pengarah filem, Erma Fatima dikatakan bakal berpisah aka bercerai dengan suami perkahwinan ke-2 Erma, Bade.

Erma yang memetik portal Bharian, menafikan berita tidak benar ini, walaupun desas desus mengatakan Erma sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah syariah baru-baru ini.
“Saya masih isteri kepadanya (Bade). Kehidupan saya seperti biasa. Seperti saya tekankan sebelum ini, kehidupan Bade dan wanita itu tak ada kena mengena dengan saya. Jadi tiada isu yang perlu dibangkitkan lagi,

“Saat ini hanya Tuhan saja yang menentukan segala-galanya. Saya akan cuba bertahan selagi terdaya. Tapi andai Tuhan sudah tentukan kami tidak bersama, bermakna Bade bukan untuk saya," -Erma Fatima

Bade nikah lagi, Erma Fatimah tak kisah!

Isnin, 2 Jun 2014

Difahamkan suami kepada pengarah, Erma Fatima, Badaruddin Azmi (Bade) telah berkahwin dengan dengan pasangan pilihannya, Aida. Menurut portal Utuasan, majlis pernikahan mereka dilakukan di negara jiran. Manakala majlis resepsi pula diadakan pada 27 Mei yang lalu di hotel dekat Cherating, Pahang

Dalam tak disangka, Erma Fatima memberikan keizinan kepada suaminya itu untuk bernikah lagi satu. Pada awalnya Erma memberikan alasan agar Bade mahu mendapatkan kebahagian daripada hasi perkahwinannya ini. Mungkin kerana faktor zuriat??
Mingguan: Erma sudah tahu mengenai perkahwinan kedua Bade?

Erma: Ohhh… Saya restu dan saya izinkan.

Maksudnya Bade tidak bernikah secara senyap-senyap?

Erma: Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu.

Selalu hal-hal begini begitu sensitif buat sesetengah wanita, tetapi Erma cukup berbeza mengapa?

Erma: Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri.

Kalau boleh Erma jelaskan perasaan Erma ketika ini dengan lebih mendalam.

Erma: Sudah tentu perempuan itu mampu memberikan Bade kebahagiaan. Jadi sudah jelas mengapa Bade mengahwininya.

Tiada sekelumit rasa kecewa?

Erma: Selama perkahwinan kami Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia.

Apa harapan Erma selepas ini?

Erma: Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan dia mampu untuk berkahwin lain. Jadi, saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu.

Erma Fatima rela dimadukan kerana itu hak Bade

Isnin, 3 Mei 2010

Secara Jujurnya, Erma Fatima tidak ada masalah jika Bade ingin berkahwin lagi dan Bade juga tahu perkara ini. Erma Fatima mengetahui desas-desus yang tersebar luas konon suaminya, Badarudin Azmi dalam proses untuk berkahwin lagi kononnya kesibukan jadual kerja Erma menyebabkan Bade beralih angin dan ingin mencari pengganti. Tegas Erma, jika ingin berkahwin lain, Bade tidak akan menyorokkan daripadanya kerana masing-masing cukup memahami antara satu sama lain.

“Siapa agaknya dalang yang cuba menabur fitnah sebegitu kerana setakat ini Bade tidak pernah menyatakan niatnya berkahwin lagi atau melafazkan talak. Malah saya dan Bade tidak mengalami masalah buat masa ini. Saya sibuk dengan kerja harian saya, begitu juga dia yang mana lokasi penggambaran ibarat rumah keduanya. Demi Allah, saya katakan rumah tangga kami jarang berlaku pergaduhan, terutama yang berpunca daripada masalah remeh-temeh." kata Erma.
Mereka yang dinikahkan dengan Bade pada 27 Februari 1991 yang sudah melangkaui 19 tahun dan mereka mengambil lima anak angkat, iaitu Ahmad Albab, 19; Ahmad Arri, 16; Ahmad Aifin, 14; Citra, 8, dan Nurain, 4. -hMetro