Pada:
Jumaat, 2 Oktober 2015

Kenyataan itu dibuat ketika Awie menghadiri majlis bersama ahli kumpulan Wings, Eddie, Black dan Joe untuk sambutan ulang tahun ke 30 kumpulan Wings di Hotel Swiss Garden Kuala Lumpur.
"Hubungan kami seperti hubungan perkahwinan dan jika bercerai sudah tentu sedih, malah saya lebih terasa perpisahan dengan mereka daripada berpisah dengan isteri saya.
"Ia kerana Wings punca rezeki kami, sumber pendapatan Wings juga yang beri makan pada isteri dan anak-anak saya, begitu juga dengan ahli yang lain,"
"Dulu saya akui belum matang dan bertindak terlalu mengikut emosi dan darah muda. Sekarang saya menyesal dan kalau boleh diputar waktu memang saya ingin elakkan perpisahan tersebut.
"Kini saya lebih banyak bersabar dan jika marah atau terasa dengan sesuatu perkara saya hanya berdiam diri. Mereka juga faham kalau saya diam sahaja bermakna saya terasa atau kecil hati," -Awie petikan portal mStar
Tag : Awie , Berita Artis , Gambar Artis , Penyanyi , Sambutan Hari Jadi , Wings