Pada:
Khamis, 18 Jun 2015

"Alhamdulillah isteri saya selamat biarpun dia sedikit trauma dengan kejadian itu. Syukur dia sempat keluar daripada kereta apabila bahagian enjin kereta berkenaan tiba-tiba terbakar.
"Vanidah hanya menyedari perkara itu selepas ada pemandu lain memberitahu enjin keretanya berasap sebelum dia berhenti di bahu jalan untuk menyelamatkan diri,"
"Seharusnya saya berterima kasih kepada pihak bomba dan Plus kerana kecekapan mereka dalam memadam kebakaran tersebut dan paling penting isteri saya selamat.
"Punca kejadian masih belum diketahui tetapi ia berkaitan dengan masalah teknikal," -Rashidi memetik laporan mStar semalam.
Untuk rekod, kenderaan dipandu Vanidah itu adalah hadiah kemenangan pasangan berkenaan ketika menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama pada tahun 2007.
Tag : Berita Artis , Kemalangan , Mini Cooper , Pelakon , Rashidi Ishak , Sehati Berdansa , Suami Isteri , Vanidah Imran