Pada:
Rabu, 24 Disember 2014
Buat masa ini Ieda, enggan mengulas apakah punca perpisahan mereka itu, almaklumlah kisah rumahtangga, jadi lebih elok disimpan dan hanya mereka sahaja yang mengetahui selain ALLAH SWT.
"Sejujurnya, sudah 5 tahun saya berusaha selamatkan rumahtangga kami. Namun, hendak buat macam mana. Mungkin, sudah tersurat hanya setakat ini saja jodoh kami.
"Apapun, saya terima segalanya dengan reda dan Alhamdulillah, hak penjagaan anak juga berpihak kepada saya. Namun, pada masa yang sama saya tidak halang bekas suami untuk melihat anak kami pada bila-bila masa.
"Tidak apalah. Kalau itu anggapan orang di luar sana, biarlah. Apa yang berlaku di antara kami, tidak perlulah orang tahu. Hal-hal rumahtangga, adakalanya tidak elok dikongsi kepada masyarakat umum.
"Macam mana pun, Mohamad Naquib Idris tetap bapa kepada anak saya dan saya juga masih menghormati bekas keluarga mentua saya kerana mereka memang cukup baik dengan saya selama ini." -Ieda Moin petikan portal Murai
Tag : Artis Janda , Berita Artis , Gossip Artis , Ieda Moin , Pelakon , Penyanyi , Perceraian Artis


