Pada:
Isnin, 8 Disember 2014
Ini ditambah dengan keadaan Che Ta ketika itu dengan memakai skirt pendek dan berstokin panjang. Isu itu diperbesar-besarkan memandangkan aktress ini menjadi tumpuan setiap masa.
"Setakat ini saya tidak pernah pun memberi kenyataan berpantang untuk tidak keluar rumah. Sebaliknya hanya berpantang daripada segi penjagaan makanan dan dalaman badan.
"Jadi tak perlu nak persoalkan kenapa saya ke sana. Saya 'pantang orang ajak' adalah.. hahaha,"
"Sebenarnya, kalau nak diikutkan saya nak duduk dalam kereta sahaja. Tetapi memandangkan suami, anak-anak dan ibu keluar, maka saya pun ikut sekali. Tak mahulah duduk seorang diri dalam kereta.
"Tetapi lain pula jadinya apabila orang mula bercakap tentang kami. Mula-mula kata suami saya sombong kerana tidak mahu ambil gambar. Lepas itu kata saya langgar pantang pula. Macam-macam..," -Che Ta petikan mStar
Tag : Bersalin , Gossip Artis , Johor Baharu , Pelakon , Rozita Che Wan , Zain Saidin


