Pada:
Khamis, 25 September 2014

Nasihat Sharnaaz yang memetik portal mStar itu agak lembut dan membina sedangkan ramai menyangka Sharnaaz selama ini seorang yang 'keras'.
Bahkan Sharnaaz menyarankan agar jangan bergaduh dengan media, kerana sumbangan media adalah cukup besar untuk mempengaruhi populariti seseorang selebriti.
Iya lah kan, nanti ada juga kena boikot, kan merundum jadinya.
"Dulu saya sendiri pernah dihentam pihak media dan saya terima kerana kita saling memerlukan dan sekiranya berlaku sebarang masalah kita sepatutnya bincang elok-elok supaya dapat mengelakkan masalah lebih besar berlaku.
"Saya juga pernah melakukan kesilapan dan tidak ada salahnya untuk merendahkan ego dan mengaku kesilapan sendiri bagi menjernihkan suasana yang keruh,
”Sebelum Shila ke China, media-media Melayu yang banyak membantu kerjayanya. Jadi, dia kenalah berusaha untuk menjernihkan keadaan,” -Sharnaaz
Tag : Bekas Kekasih , Berita Artis , Gossip Artis , Pelakon , Penyanyi , Sharnaaz , Shila Amzah , Wartawan