Pada:
Isnin, 15 September 2014

Dengarnya juga, ramai yang mahu menonton untuk hanya melihat aksi Iqram terhadap Ayu Raudhah yang mendatangkan kemarahan Zaquan.
Memetik portal Kosmo!, pengarah filem berkenaan, Sharad Sharan menafikan hal itu dan ianya terjadi di luar penglibatan mereka di dalam set pengambaraan.
Tidak. Saya tidak rasa ini satu strategi untuk mencari publisiti. Lagipun, sebagai pengarah saya tidak akan benarkan mereka membuat publisiti seperti itu. Ini kerana LBS3 sudah memiliki penyokongnya yang tersendiri. Buktinya, kami sudah memiliki hampir 900,000 pengikut di laman sosial Facebook.
Disebabkan itu, kami menampilkan lagu dendangan Yuna berjudul Lautan sebagai runut bunyi dalam filem ini. Saya percaya penonton pasti akan berpuas hati ketika menyaksikan filem ini. -Sharad
Tag : Ayu Raudhah , Filem , Gossip Artis , Iqram Dinzly , Pelakon , Pengarah Filem , Zaquan