Hubungan Istimewa Amar Baharin, Erra Fazira?

Pada: Khamis, 3 Oktober 2013
Dalam tidak diam, pendatang baharu dunia selebriti, Amar Baharin baru-baru ini digosipkan menjalinkan hubungan mesra dengan Erra Fazira.

Dan yang paling sadis, dia cop sebagai orang ketiga konflik yang berlaku dalam rumahtangga Erra Fazira.

Namun Amar menyangkal gosip ini, dan ianya tidak mungkin berlaku memandangkan dia masih lagi baru dalam dunia anak seni.

Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin kan. Hak hak. Ini Komen dia memetik daripada portal mStar semalam..
"Sungguh pun ia hanya gosip tetapi nama saya tidak layak untuk disebut sebaris dengan pelakon terkenal seperti Erra dan saya sebagai pendatang baru dalam industri sangat menghormatinya.

"Kadang-kala apabila difikirkan, gosip itu sebenarnya kelakar dan saya tidak faham mengapa ada pihak yang ingin timbulkan isu yang tidak pernah terjadi,

"Gosip itu tidak benar sama sekali dan saya sendiri tidak tahu siapa yang menyebarkannya dan bimbang juga orang ingat saya pula yang reka-reka cerita sebab nak kejar populariti,

"Cerita yang tersebar bukan benar dan tiada masalah untuk kami berlakon bersama dan ia tidak memberi kesan dan perasaan janggal langsung tidak wujud ekoran gosip itu," -Amar

Tag : , , , , , ,