Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ahmad Maslan vs Harith Iskander.. Menteri vs Pelawak

Rabu, 30 Disember 2015


Kenyataan Datuk Ahmad Maslan membuatkan ramai menjadi bahan lawak dan viral di laman sosial. Kenyataan yang sememangnya menyindir segelintir rakyat Malaysia itu mendapat perhatian selebriti seperti Harith Iskander.

Ramai yang menyokong dengan kenyataan Harith ini, sebagai memahami kerja sebenar yang dilakukan oleh seseorang individu itu untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Harith Iskander timang anak ke-3 (gambar bayi)

Selasa, 27 Oktober 2015

Harith Iskander Musa teruja menyambut kelahiran anak ketiganya yang selamat dilahirkan pagi semalam (26/10/2015).

Harith, 49, menerusi status akaun sosial Instagram dan Facebook miliknya berkata, kelahiran bayi lelaki yang dinamakan Zydane Xayne Iskander itu menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

Bila Harith Iskander komen mengenai gambar DNA lembu...

Isnin, 10 Ogos 2015

Gambar diatas menjadi viral gara-gra dikatakan komen kurang cerdik oleh seorang yang bergelar 'ustazah'. Ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan itu bahkan ianya seolah-olah hanya bercakap sahaja tanpa berfikir.

Namun lain pula pandangan buat pelawa, Harith Iskander yang turut juga mengomen gambar itu. Tapi bukan dikomen bab yang tu, bab siaran berbahasa Melayu (BM) tapi ada sari kata BM.

Ada yang mengatakan Harith kurang sensitive dan 'ignorant' mengenai program BM.

Harith Iskander waktu dia kecil (comel)

Isnin, 22 Jun 2015


Comelnya Harith Iskander waktu dia kecil, sama dengan anak dia yang sekarang ni juga iras-iras wajah dan keputihan kulitnya. Harith post gambar dia waktu kecil di laman Instagram untuk menyambut Hari Bapa semalam.

122kg ke 98kg berat badan terkini Harith Iskander

Selasa, 15 Julai 2014

Tidak disangka Harith Iskander kini mempunyai azam yang nekad untuk menguruskan berat badannya. Ini dibuat diatas faktor usianya yang semakin meningkat.

Selain daripada aktiviti riadah dengan anaknya dimana Harith mengakui agak berasa letih bila bermain dengan mereka. Penurunan berat badannya yang drastik juga didorong oleh faktor Bulan Puasa Ramadan ini.
“Hasrat saya kini hanya satu iaitu ingin kekal sihat selama mana yang boleh supaya dapat melihat anak-anak saya membesar sehingga dewasa”

“Sebelum berkahwin saya tidak menjaga diri saya dengan baik tetapi selepas mempunyai anak kesedaran itu timbul dan apa yang saya lakukan ini (menguruskan badan) demi anak-anak,”

“Sebelum ini berat badan saya adalah 122 kilogram dan sekarang hanya 98 kilogram sahaja. Alhamdulillah berkat usaha dan sokongan keluarga saya berjaya. Berat badan Harith pernah mencecah 122 kilogram”

“Bagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat badan sekarang dan menyasarkan untuk turun 18 kilogram lagi,” -Harith Iskander petikan portal mStar

Isu Hudud, Harith Iskander minta maaf!

Isnin, 12 Mei 2014

Harith Iskander memohon maaf apabila status yang dimuat naik di Twitter miliknya mengenai hukum Hudud beberapa hari lalu bertujuan untuk berjenaka telah mendapat kritikan ramai.

Harith mengakui tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.
“Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak.

“Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.

“Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu,” -Harith. petikan mStar

Harith Iskander bergurau perkataan hudud,,,

Khamis, 8 Mei 2014

Difahamkan pelawak, Harith Iskander seperti sedang bergurau mengenai perlaksanaan hukum hudud di laman sosial Twitter miliknya.

Pengikut di laman sosialnya lebih ramai mengecam dengan statusnya itu. Pengikutnya juga ada yang menasihati dan juga ada yang membela Harith.

Ramai juga bersependapat yang Harith menganggap ianya hanya bergurau semata-mata dan tidak berniat mahu memperli perlaksaan hukum hudud itu nanti.

Gambar Anak Ke-2 Harith Iskander 2 Bulan

Selasa, 3 Disember 2013

Dah nak masuk usia 2 bulan anak ke-2 Harith Iskander ni yang bernama Alessandrea Jayne Iskander. Memang comel la kan anak kacukan ni. Muka juga mirip Harith. :)

Keluarga Bahagia Harith Iskander

Khamis, 17 Oktober 2013

Ni la anak-anak Harith Iskander. Yang sulung dan juga yang si bongsu yang baru lahir awal bulan ini. Zander Xayne Iskander dengan Alessandrea Jayne Iskander. Photo yang dimuatnaik oleh Harith memang menarik dan membawa erti yang bermakna.

Gambar Zander dengan Jayne menunjukan kasih sayang seorang anak sulung kepada adiknya. Tagline-nya juga amat cool, 'Abang sayang adik'.. -instagram harithiskander

Harith Iskander Timang Anak ke-2

Sabtu, 5 Oktober 2013

Tahniah kepada pelawak, Harith Iskander yang dikhabarkan isterinya Dr. Jezamine Lim telah selamat melahirkan anak ke-2 mereka semalam 4 Oktober 2013.

Lawak Ke Der 3 pada 3 Oktober Ini

Selasa, 10 September 2013

Kalau nak dilihatkan kualiti lawak pada Lawak Ke Der pertama lagi terbaik berbanding kedua yang boleh dianggap kurang sedikit.

Bukan mahu menghantam sesiapa terutama pengarah pementasan, Hans Isaac cuma ini pendapat pribadi admin bila menonton yang ke-2. Kurang ketawa berbanding yang pertama. Tak tahulah komen korang macamana mengenai yang ke-2.

Tapi itu semua boleh diperbaiki dan kini muncul untuk musim ke-3 yang bakal ditayangkan pada 3-6 Oktober 2013 memetik portal Utusan semalam.

Lagi Gambar Anak Harith Iskander V4

Isnin, 15 Julai 2013

Inilah dia salah seorang selebriti yang untuk kali ke-2 buat Harith Iskander dan isterinya bersama dengan anaknya, Zander untuk menikmati bulan Ramadan dengan bersahur dan berbuka bersama.

Zander kini dah berusia setahun setengah, dan sudah pasti ada sedikit suara yang keluar dari mulutnya. Apa-apa pun semoga Ramadan ini bermakna buat keluarga ini. -Instagram harithiskander

Lagi Gambar Anak Harith Iskander V3

Sabtu, 22 Jun 2013

Dah besar panjang dah anak Harith Iskandar ni. Last foto pada bulan April, yang ni latest untuk bulan June. Ok Enjoy! IG Harith

Lagi Gambar Anak Harith Iskander V2

Rabu, 3 April 2013

Zander Xayne tak usah ceritalah anak kepada Harith Iskander ni. Memang paling comel dan bambam sekali persis ayahnya. Banyak aktiviti Zander seperti berenang, makan dan lain-lain telah diabadikan oleh Harith dalam laman sosial Instagramnya. Jum layan. IG Harith

Lagi Gambar Anak Harith Iskander V1

Khamis, 21 Mac 2013

Anak Harith Iskander, Zander Xayne kini sudah mahu memasuki usia setahun umurnya. Dan perkembangan terbaharu Zander Xayne sedikit sebanyak boleh duduk dan juga berjalan.

Memang melihatkan Zander Xayne juga comel seperti paras wajah ayahnya. Auch, tak tahu nak kata apa-apa, layan.. IG Harith

Gambar Setahun Usia Anak Harith

Selasa, 26 Februari 2013

Zander Xayne anak kepada pelawak, Harith Iskander dan Dr. Jezamine kini dah hampir nak setahun usianya apabila Mac menjelang.

Wah memang semakin Zander membesar, semakin dapat kita melihat iras wajahnya yang sama seperti ayahnya, Harith. Comel dan sihat anak mereka ni.

Gambar Terbaru Anak, Isteri, Harith Iskander

Rabu, 12 Disember 2012

Pengacara dan juga pelawak terkenal, Harith Iskander dan isteri Dr. Jezamine yang telah dianugerahkan cahaya mata sulung pada awal bulan Mac lalu bernama Zander Xayne telah dijemput untuk menjadi sebahagian daripada majalah Hello Malaysia edisi terkini,

Melihat Zander Xayne, memang dah besar dan sangat comel sangat, putih sangat, anak kacukan lah katakan. Eee. gambar SammyKhoo.com

Gambar Photographer Zander, anak Harith

Selasa, 29 Mei 2012

Gambar anak selebriti memang satu gambar yang kadang kala lebih menarik daripada gambar seksi-seksi selebriti. Ini lebih terbukti kebanyakkan yang suka anak atau baby dari kalangan selebriti adalah wanita, berbanding lelaki yang suka kepada seksi selebriti. Dan gambar dibawah ini bukan gambar seksi, tapi gambar photographer keluarga Harith Iskander dan Dr. Jezamine untuk anak mereka yang mereka sayangi, Zander yang begitu cute dan comel. -gambar Via

Anak Harith Iskander Minat Liverpool

Khamis, 10 Mei 2012

Zander Xayne Iskander yang kini berusia 2 bulan telah pun diajarkan oleh ayahnya, Harith Iskander untuk meminati dunia bola sepak, walaupun masih lagi kecil, namun Zander telah dipakaikan baju kegemaran kelab kesukaann ayahnya, Liverpool. Gambar ini diambil ketika perlawanana FA akhir yang lalu, dimana Liverpool tewas 1-2 kepada Chelsea, dan gagal untuk membawa piala berkenaan.