Pada:
Rabu, 25 September 2013

Ini disahkan lagi sendiri oleh Adam di dalam portal mStar semalam. Dimana dia tidak kesah sangat mengenai status janda anak dua Fiza.
Ok lah tu kan, Fiza pon dah bertudung, Adam pon dah berubah kepada Islamik, memang padan dan cocok lah kan dorang.
"Secara jujurnya saya tidak pernah kisah tentang status seseorang wanita itu, memang ramai yang bertanya saya sama ada saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.
"Saya sudah bersedia insyaAllah, harap semua piahk dapat doakan agar saya dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas,"
"Kami sebelum ini pernah berjumpa tetapi tiada apa-apa perasaan tapi selepas perubahan dia kearah menjadi insan yang lebih baik saya mula rasa ingin mendekati dirinya.
"Daripada beberapa pertemuan dengan dia, saya semakin suka dan jatuh hati sehingga melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah,
"Ibu saya mula-mula risau sebab takut Fiza tidak boleh terima keluarga kami, maklumlah kami bukan golongan kaya dan hanya tinggal di kampung.
"Tapi selepas membawa Fiza bertemu dengan keluarga pada Hari Raya lalu, semua keluarga saya menyukai dia," -Adam AF
Tag : Adam AF , Artis Janda , Berita Artis , Fiza Elite , Pelakon , Penyanyi , Perkahwinan Artis , Pernikahan