filem Vikingdom kutip RM10 Juta

Pada: Jumaat, 13 September 2013
Bukan main hebat lagi filem Vikingdom: The Blood Eclipse ni, sebelum ditayangkan pada 12 September yang lalu, sumber mStar mengatakan sudah mengutip RM10 Juta.

Ini adalah penjualan hak pengedaran filem itu ke negara Amerika Syarikat dan 10 buah negara lain. Dah dianggap separuh daripada modal asal pembikinan filem berkenaan yang menelan belanja RM20 juta dengan masa 2 tahun untuk disiapkan.
"Vikingdom mula menjana pendapatan sebelum ia ditayangkan apabila ada beberapa pihak berminat untuk mengedarkan filem ini untuk pasaran antarabangsa. "Malah pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk menjadi pengedar di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil," -Yusry Abdul Halim
Jadi tunggu apa lagi, tengok malam ni ok di pawagam berhampiran anda. :)

Tag : , , , , ,