Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Awie menyesal buat album lagu dengan KRU

Selasa, 17 Jun 2014

Memetik laporan mStar, Awie mengakui dia berasa menyesal sebeb bekerjasama dengan syarikat KRU Music Group di dalam pembikinan album terbaharu mereka hasil terbitan syarikat itu. Ianya berpunca daripada isu album 'Menakluk Kosmos' yang dicetak rompak, namun tidak ada maklum balas dari pihak KRU itu sendiri.

Awie dan Wings yang bersama-sama menjayakan album itu berasa terkilan, dan membuat laporan Polis selepas itu kerana 4 lagu di dalam album Menakluk Kosmos, Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini telah dicetak rompak.
"Dulu, saya ditawarkan untuk bekerjasama dengan KRU Studios secara solo, tetapi saya tak nak. Kemudian mereka mengajak Wings pula dan pemain gitar utama kami, Joe bersetuju, dan saya pun ikut sahaja.

"Selepas album siap, kami bersemangat mahu lancarkan album tersebut sebaik-baiknya tetapi malang sekali, majlis dibuat seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Malah tiada sebarang poster menunjukkan ia adalah majlis pelancaran kami.

"Sudahlah beberapa lagu dalam Menakluk Kosmos dicetak rompak. Dan apabila meminta penjelasan Norman (Presiden Eksekutif KRU Music) dia hanya memberikan komen menerusi YouTube. Kenapa mesti YouTube? Cukuplah satu album kerjasama kami dengan mereka," -Awie

filem Vikingdom kutip RM10 Juta

Jumaat, 13 September 2013

Bukan main hebat lagi filem Vikingdom: The Blood Eclipse ni, sebelum ditayangkan pada 12 September yang lalu, sumber mStar mengatakan sudah mengutip RM10 Juta.

Ini adalah penjualan hak pengedaran filem itu ke negara Amerika Syarikat dan 10 buah negara lain. Dah dianggap separuh daripada modal asal pembikinan filem berkenaan yang menelan belanja RM20 juta dengan masa 2 tahun untuk disiapkan.
"Vikingdom mula menjana pendapatan sebelum ia ditayangkan apabila ada beberapa pihak berminat untuk mengedarkan filem ini untuk pasaran antarabangsa. "Malah pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk menjadi pengedar di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil," -Yusry Abdul Halim
Jadi tunggu apa lagi, tengok malam ni ok di pawagam berhampiran anda. :)

Hantu Kapcai Kutip RM2 Juta Untuk 5 Hari

Isnin, 1 Oktober 2012

Wah dalam tidak disangka filem seram berbentuk komedi, Hantu Kapcai mendapat kutipan yang tidak disangka-sangka hanya belum ada seminggu penayangannya di pawagam di negara ini.

Filem Hantu Kapcai dikatakan mengutip RM2 juta bermula dari Khamis minggu lalu (5 hari) yang dipetik melalui portal mStar semalam. Ianya satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi semua pihak produksi filem berkenaan terutama KRU Studios.

Filem ini dibintangi oleh Remy Ishak, Zizan Raja Lawak, Fizz Fairuz dab Izzue Islam. Memang mendapat sambutan lebih-lebih lagi kaki-kaki motor yang sudah lama-lama menantikan filem berbentuk perlumbaan.

Nak tahu apa yang menarik di filem ini? nanti malam kita usha pergi pawagam berdekatan ok.

Gambar Chomel Fana yang seksi

Khamis, 2 Februari 2012

Pelakon dan pengacara Chomel Fana mengakui tidak lagi menjalinkan hubungan istimewa dengan Naib Presiden Produksi KRU Media, Russell Mark. Chomel berkata hubungan selama empat bulan itu hanya sebagai teman rapat. Hakikatnya dia menghormati lelaki kacukan Australia-Portugis itu sebagai ketua di bahagian penerbitan program yang di acarakannya iaitu Carta Blockbuster di KRU TV.

Kalau bab cinta, tak perlu lah kita persoalkan, memang banyak penafian daripada kejujuran. Hehe. Apa-apa pun kita enjoy dulu gambar Chomel dibawah ni.

gambar Budiey.com

Forteen - Berdua Bersatu

Selasa, 23 Ogos 2011

Korang nak tahu yang kumpulan Forteen ni adalah sebuah kumpulan yang baru sahaja ditubuhkan oleh pihak KRU studio. Ahli-ahli dalam kumpulan ini mungkin ada juga yang anda kenali dan mungkin juga tidak kenal. Mereka terdiri daripada Rizu bekas peserta OIAM, Izzu Islam, Ariz dan Amer. Lagu single mereka yang kini sudah diutarakan di laman YouTube, Berdua Bersatu merupakan lagu yang boleh dikatakan best didengar. Satu permulaan yang menarik bagi kumpulan ini diawal kemunculannya. Semoga berjaya. :)









[via]

gambar Neelofa yang mengancam jiwa kalbu

Jumaat, 15 April 2011

Kenal Neelofa, ala yang menang Dewi Remaja 2010 tue, kini Neelofa merupakan artis yang sedang meningkat namanya. Banyak tawaran-tawaran yang diterima olehnya menjadi pengacara, berlakon, modeling dan yang terbaru melalui KRU. Wah bukan main banyak lagi lah. Mungkin sebab Neelofa ni cantik orangnya, bentuk badan pun ada pakej. Ya la, Neelofa, perjalanan masih jauh lagi, diharap Neelofa boleh menjaga hati peminat Neelofa jerk. Cayokk2.. -gambar RunWitMe | Budiey

Neelofa

Neelofa

Neelofa

Neelofa

Neelofa

Neelofa

Neelofa

Gambar anak ke-4 Edry KRU

Rabu, 9 Jun 2010

Anak ke-4 kepada komposer, pengarah dan penyanyi terkenal, Edry Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Edry KRU itu adalah perempuan seberat 3.34 kg dan dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada pukul 8.30 pagi baru-baru ini. Nama anak ke-4 ini adalah Elya yang mempunyai gabungan nama dengan isteri, Milia Mohamad, 35, sama seperti nama anak-anaknya yang lain iaitu Emil, 10, Edylia, 7, dan Emery, 3. Tahniah lah diatas kelahiran cahaya mata ke-4 ini.

Norman KRU pengetua AF8?

Rabu, 30 Disember 2009

Penulis akui yang rancangan realiti Akademi Fantasia sudah tidak relevan lagi. Bukan kerana apa, Akademi Fantasia sekarang sudah jauh daripada matlamat utamanya, semua pelajarnya lebih cenderung dalam bidang lakonan, jadi pelakon. Nyayian kurang dan mungkin ada yang bersara lebih awal. Dalam hal yang lain pula, sumber perisikan terbaru telah beritahu bahawa rancangan ini, mungkin akan menerima individu termuda untuk menduduki kerusi panas sebagai Pengetua AF.

Norman Abdul Halim atau Norman KRU kini adalah Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, beliau adalah diantara calon-calon yang disebut-sebut dengan penjawatan kerusi berkenaan. Norman KRU yang memulakan langkah pertamanya dalam bidang seni dengan muncul bersama kumpulan KRU yakni adik beradiknya juga dalam tahun 1992, dimana kumpulan mereka menjadi amat terkenal di seluruh Malaysia. Norman KRU yang sekarang berusia 37 tahun, akan menjadi Pengetua Akademi Fantasia yang termuda selepas Datin Seri Tiara Jacquelina (42 tahun) jika perkhabaran ini benar.

Sekitar Majlis Pernikahan Norman KRU

Ahad, 9 Ogos 2009

Setelah kira-kira dua tahun menjalinkan hubungan cinta, Norman Abdul Halim, 37, dan Shireen Mardziah Hashim, 44, selamat diijabkabulkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, malam kelmarin (7/8), hanya dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan penyanyi, pelakon dan juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios dengan pasangannya yang bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KRU International itu berlangsung di dalam suasana sederhana dengan disaksikan oleh kira-kira 500 tetamu.

Antara yang hadir ialah ibubapa Norman, Abdul Halim Kamal dan Zarina A W Fenner, adik-beradiknya; Yusry, Edry dan Halina serta ahli keluarga Shireen, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Turut hadir ialah Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan isteri Cik Puan Muda Julita Aishah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta rakan-rakan artis seperti Mawi, Ekin, Maya Karin dan Datuk Shake.

Pada majlis bersejarah itu, Norman dinikahkan sendiri oleh bapa Shireen, Datuk Mohamed Hashim di hadapan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Mohamad Shukeri Yaacob. Shireen menerima mas kahwin RM3,000 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihaknya. -mStar