Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

UKM dan IUKL nafi berikan Phd dengan Azizan Osman

Sabtu, 1 Oktober 2016

Belum reda penafian Universiti Malaya (UM), kini dua lagi universiti tempatan tampil menafikan pernah menganugerahkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada pakar motivasi terkenal, Azizan Osman.

Berita Harian melaporkan, jurucakap Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan tiada nama individu yang bernama Azizan Osman tersenarai sebagai penerima yang dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan.

Azizan mendakwa memiliki PhD dalam jurusan psikologi yang dianugerahkan UKM kepadanya, namun tidak didedahkan tahun beliau menerima ijazah doktor falsafah berkenaan.

Turut membuat penafian ialah Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) yang mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran dan PhD kepada pengasas syarikat Richworks Group of Companies itu.

Dalam kenyataan hari ini, IUKL berharap penafian berkenaan dapat menjelaskan kekeliruan dan salah faham yang membabitkan universiti itu.

Azizan dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari IUKL pada tahun 2009 diikuti oleh Doktor Falsafah dengan pengkhususan dalam bidang Pengurusan di universiti yang sama.

Maklumat mengenai pendidikan Azizan ini dipaparkan dalam profil syarikat miliknya namun kini semuanya ‘hilang’ selepas penafian daripada tiga universiti tempatan.

Sebelum ini, pernah ada pendedahan mengenai kelulusan Azizan yang mendakwa menerima penganugerahan PhD Sains Metafizik dari Universiti Gordon di Florida, Amerika Syarikat namun ianya turut meragukan. – MYNEWSHUB.CC

Gelaran 'Doktor' tidak disahkan, ini komen Azizan Osman...

Jumaat, 30 September 2016

Isu gelaran doktor falsafah yang digunakan oleh Azizan Osman menjadi perhatian ramai semalam, apabila pihak Universiti Malaya mendakwa pihak universiti tidak mengeluarkan gelaran Phd yang membawa gelaran Doktor (Dr) kepada penceramah terkenal itu, akhirnya beliau sendiri bersuara mengenai dakwaan itu.

Beberapa minit selepas itu, Azizan Osman di laman facebooknya bersuara dengan isu gelaran doktor tipunya itu. memetik facebook Azizan Osman:

Heliza Helmi waktu kecil yang korang tak tahu lagi...

Ahad, 29 Mei 2016

Cara lamaran Hairul, Hanis boleh pesong akidah!

Jumaat, 9 Januari 2015

Pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat, 41, berkata cara aktor Hairul Azreen melamar kekasihnya Hanis Zalikha pada Ahad lalu bertentangan dengan nilai Islam dan budaya masyarakat Melayu.

Zulkefli atau lebih dikenali sebagai Ustaz Zul Hamat berkata, cara tersebut boleh menjatuhkan maruah wanita yang dilamar itu jika perhubungan tersebut terputus di tengah jalan.
"Lamaran adalah sama maksudnya dengan meminang atau khitbah yang mana ia sepatutnya dilakukan hanya dalam keluarga sahaja bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

"Sekiranya hubungan tersebut putus sebelum diijabkabulkan ia akan mengaibkan dan memalukan wanita itu sendiri melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah,"
Amalan "will you marry me" (sudikah anda mengahwini saya) sering dilakukan oleh kebanyakan artis ketika ini yang mana ia boleh menjadi ikutan kepada generasi akan datang.
"Cara melamar itu juga tidak sesuai dan dia seharusnya berhati-hati dengan perkataan will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja.

"Kalau dalam agama Islam, seseorang itu perlu melakukan solat hajat sebelum melamar dan bukan dengan tarian seperti dalam program itu. Saya takut perkara ini akan disalah anggap oleh penganut agama lain yang beranggapan cara perkahwinan Islam sama dengan cara agama mereka,"

"Saya lihat ramai selebriti yang menjadikan lamaran seperti ini sebagai trend dan masyarakat pula menganggap ia sebagai sesuatu yang baik. Namun begitu, ia seharusnya dilakukan dengan landasan dan cara yang betul agar menjadi contoh kepada masyarakat," -Zulkefli

Isu minyak naik - nasihat Ustaz Kazim Elias kepada Kerajaan!

Khamis, 2 Oktober 2014

Kecoh tetap kecoh, tidak setuju juga tidak setuju dan berang tetap berang. Itulah rasanya keluhan rakyat yang rata-rata berpendapatan sederhana dan rendah akibat kenaikkan harga minyak semalam oleh Kerajaan.

Ulama terkenal, Ustaz Kazim Elias menasihati kerajaan agar memikir semula kenaikkan harga ini. Katanya juga pemberian BR1M dan insentif lain bukanlah perkara yang menyelesaikan atau meringankan beban rakyat, sewajarnya ianya dimansuhkan dan harga minyak boleh diturunkan.

Lepas ni admin percaya, ramai pekedai akan menaikkan harga barangan dengan alasan minyak naik 20 Sen. Dan kemungkinan besar populariti parti politik yang memimpin kerajaan sekarang akan merundum jatuh jika negara kaya minyak ini gagal dalam mengimbangi harga minyak tempatan.

Hafiz Hamidun not my taste - Heliza

Jumaat, 9 Mei 2014

Agaknya bila kita memberikan bayangan jika Heliza Helmi mempunyai hubungan cinta dengan Hafiz Hamidun, pastinya ramai yang akan menyokong.

Tapi sebaliknya kepada Heliza sendiri yang mengakui Hafiz bukanlah taste dia, tapi lebih kepada seorang abang yang boleh memberikan nasihat.
"Saya tidak faham mengapa orang suka mengaitkan saya dengan Hafiz sedangkan tiada apa yang berlaku pun di antara kami.

"Dia bukanlah ciri-ciri lelaki yang saya mahukan sebaliknya saya anggap dia sebagai abang dan rakan kerja dalam industri seni muzik," -Heliza. petikan mStar

Gambar Terbaru Isteri, Ust. Azhar Idrus

Selasa, 8 Oktober 2013

Siapa tidak kenal dengan penceramah bebas yang terkenal, Ustaz Ahzar Idrus yang popular di laman sosial dan mana-mana sahaja.

Isterinya yang ramai iaitu 3 juga kadang kala menjadi perbualan hangat. Tapi mengikut satu komen di laman sosial menganggap korang seharusnya tidak bersangka buruk sebab memang selayaknya orang seperti Azhar Idrus ni kahwin 3 sebab dia memang alim, mampu dan adil.

Gambar Heliza Helmi Terkini

Khamis, 3 Oktober 2013

Terkejut juga apabila melihat jumlah fan page Facebook Heliza Helmi, dah mencecah 1.4 Juta. Memang ramai juga pengikutnya di laman sosial Facebook ni.

Penceramah dan pakar motivasi yang aktif adalah kerja Heliza buat masa ni, Facebooknya memang official, tidak segelintir laman Facebook selebriti yang dicipta oleh orang lain untuk kelentong orang lain.

Isteri Ustaz Don Disahkan Hamil

Khamis, 22 Ogos 2013


Diberitakan yang penyampai program tv terkenal, Ustaz Don Daniyal bakal bergelar ayah tidak lama lagi. Difahamkan memetik portal SinarHarian, isterinya, Husna kini berbadan dua yakni hamil.

Namun Ustaz Don enggan mendedahkan berapa usia kandungan anak sulungnya itu setelah mendirikan rumahtangga sejak 23 Ogos tahun yang lalu.

Heliza Helmi Hiasi Majalah Lisa

Khamis, 27 Jun 2013


Sekarang semakin sepi dengan kisah lakonan dan nyanyian serta kelibat Heliza Helmi dalam dunia hiburan. Kalau ada pun mungkin kurang mendapat sambutan media. Tidak tahu dimana silapnya. Mungkin Heliza sedang sibuk dengan kerjayanya yang lain kot, sebab tu jarang berlakon atau nyanyian.

Tapi baru-baru ni, kelibat Heliza masih lagi berbisa, dia dijemput untuk menjadi penghias majalah berkenaan untuk edisi yang terbaru. Ntah la kalau ada cerita mengenai kisah cinta/kekasih Heliza di dalam majalah ini, hehe.

Gambar Fazura Bertudung Labuh

Selasa, 25 Jun 2013


Ini adalah foto minggu lepas dimana Nur Fazura kelihatan bertudung/berhijab dan berjubah ketika menghadiri satu majlis yang tidak dapat dipastikan majlis apa kemungkinan majlis ilmu dengan turut bersama bergambar dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Muhamad. 

Kelihatan Nur Fazura kelihatan ayu dan anggun bila memakai tudung/hijab kan.
 

Jangan Guna 'Salam' - Heliza Helmi

Jumaat, 18 Januari 2013


Rasanya cukup mendalam apa yang ingin disampaikan oleh Heliza Helmi ni di dalam laman social Facebooknya.

Boleh menyedarkan kita daripada mimpi yang lena dari kesilapan biasa kepada satu kebenaran yang dah nyata.

Kalau korang rasa bermanfaat untuk diri korang seharian, maka berubahlah dari sekarang. As salam Jumaat semua..

Gambar Isteri Fazley, bertudung

Isnin, 11 Jun 2012

Mungkin ada yang masih belum tahu isteri kepada Dr Fazley, Azrene telah pun bertudung semenjak dikurniakan cahaya mata. Walaupun isteri Fazley bukanlah dari golongan selebriti namun tanggungjawab Fazley kita dapat lihat disini, dapat mendidik isteri memakai/menutup aurat. Syabas Fazley, diharap boleh jadi contoh yang baik untuk selebriti diluar sana. Keluarga bahagia. -gambar Twitter Fazley

Fazley bersama kembar mirip wajahnya

Khamis, 15 Mac 2012

Kembar memang ada dan wujud di dunia ni, tapi tak semestinya kita dapat berjumpa dan bersemuka dengan mereka, sebab kita tidak tahu dimana mereka berada dan mereka juga tidak semestinya berada di sebuah Negara yang sama didiami. Namun begitulah bertuahnya, pakar motivasi, Fazley apabila berjumpa dengan kembar yang hampir iras dengan mukanya. Memang kalau nak dilihat kali pertama nampak tak sama, kali kedua sebijik dari fesyen rambut dan juga gayanya. Hehe

ehsan syokkahwin.com/blog/

Wardina akui dirinya 'lebih cantik' dari J-LO

Selasa, 28 Februari 2012

Wardina Safiyyah yang kini menceburkan diri di dalam bidang motivasi minda mendakwa bahawa beliau lebih cantik dari penyanyi, pelakon dan model antarabangsa terkenal, Jenniffer Lopez.

Beliau berpendapat demikian kerana mendakwa dirinya dan seluruh muslimah di dalam dunia lebih cantik memandangkan mereka ditakdirkan Allah untuk beragama Islam dan itu sudah cukup cantik ‘di dalam’nya.

“Saya merasakan bahawa saya lebih cantik dari J-Lo. Kita semua dilahirkan sebagai wanita Islam dan itu sudah cukup cantik.

“Lebih cantik lagi kita tak payah nak pamerkan kecantikan kita kepada khalayak umum. Kecantikan kita terhad hanya untuk diri kita sendiri,” katanya pada program Pameran Komunikasi Islam 2012 (ICE 2012) yang dihadiri oleh pelajar UITM -Via

Rahsia 40 hari mengubah hidup!

Ahad, 22 Januari 2012

Adakah anda pernah menghadiri seminar potensi diri, motivasi kekayaan, reiki, kuasa minda dan sebagainya?. Namun tiada kesan langsung terhadap diri anda. Baiklah, anda boleh baca terus hingga ke bawah laman web ini. Jangan tinggalkan satu ayat pun kerana akan akan menemui satu rahsia yang bakal mengubah hidup anda selamanya.

Bengkel ini bertujuan untuk membantu orang ramai yang menghadapi masalah kewangan, rumah tangga, persahabatan, perniagaan, kerjaya dan sebagainya. Kami tidak langsung mengajar anda teori minda semata-mata. Segala ilmu yang akan diijazahkan nanti adalah terbukti keberkesannaya dan 100% menggunakan kaedah kerohanian yang TIDAK melibatkan unsur-unsur jahat dan syirik seperti jin, syaitan, khadam dan sebagainya. Memperkenalkan kepada anda...
(Kerezekian, Energi, Pancaindera Ke-6, Kewibawaan)

Dijamin ini BUKAN kursus Kuasa Minda, Potensi Diri dan Reiki. Bengkel ini menggunakan amalan dan rahsia para ulama dan guru pondok pada zaman silam, dalam bahasa yang mudah bengkel ini adalah Perkongsian Ilmu Spritual.

Antara Modul Ilmu Yang Dikongsikan Ialah;

- MENARIK REZEKI 4 PENJURU ALAM
Akan didedahkan juga, rahsia menarik rezeki dari 4 penjuru alam. Sebagaimana amalan para ulama, dan guru pondok zaman silam. Semuanya bakal mengubah rezeki dalam hidup anda. Akan selalu datang rezeki yang tidak diduga kepada anda. Kejayaan perserta-peserta lepas telah membuktikan bahawa amalan ini sangat ampuh dan berkesan. InsyaAllah masalah sempit rezeki, kebocoran wang, putus duit, dan sebagainya akan dapat diselesaikan dengan izin Allah. Anda saksikan sendiri perubahan dalam rezeki anda!

- GETARAN FREKUENSI ILAHI (Energi)
Setelah anda melakukan Pengkatifan Daya Ghaib, dengan Tafakur Frekuensi Ilahi anda boleh melakukan pengesanan bagi mengetahui Ilmu seseorang, energi seseorang , energi rumah, mengambil frekuensi tempat-tempat yang mempunyai energi yang kuat, frekuensi kosmik, frekuensi seseorang dan lain-lain untuk keperluan sehari-hari dengan menggunakan kaedah GETARAN FREKUENSI ILAHI.

Hasil dari latihan yang anda lakukan secara istiqamah maka frekuensi yang ada dalam diri anda dapat melakukan pengesanan sehingga mencapai kebenaran 99% dan penarikan frekuensi hampir 100%. InsyaAllah

ILMU PANDANG TEMBUS (Pancaindera Ke-6)
Kemudahan mendapat isyarat batin dari Allah, Meninggikan kualiti antena, batin seseorang, Meninggikan kualiti tembus pengesanan, Memekakan batin terhadap isyarat Allah, Boleh menangkap getaran batin secara tepat. Ilmu ini ada banyak lagi kegunaan rahsia yang hanya akan dirasai oleh pengamalnya. Ada boleh mengesan orang hilang, mengesan barang hilang, melihat seseorang atau benda yang jauh dengan mata batin, melihat perkara-perkara yang telah lalu dan perkara yang tidak diketahui, serta anda akan mendapat mengetahui rahsia-rahsia yang tidak diketahui orang lain. Amalan ini 100% menggunakan Asmaul Husna, dijamin!

PENGASIHAN (Kewibawaan)
Daya Pengasihan adalah amat penting sekali bagi yang membuat bisnes atau sering berhubung dengan orang ramai atau juga untuk meraih simpati, kasih sayang dan kewibawaan dan lain-lain. Amalan yang akan diperturunkan adalah amat ampuh(berkesan), jadi tidak dibenarkan anda menggunakannya secara salah. Anda akan diajar cara untuk membuat minyak dan air pengasih dari ayat Quran yang tujuannya hanya untuk kebaikan

- Pengaktifan daya ghaib Asmaul Husna
- Meditasi Cenderawasih (sangat bagus!)
- Amalan kod 99 Asmaul Husna

LATIHAN TAFAKUR ISMU ZAT
AMALAN JALBUR REZEKI 1 (ilmu secara lisan)
AMALAN JALBUR REZEKI 2 (ilmu secara lisan)

Sekiranya anda ikhlas dan benar-benar beramal dengan kaedah yang diajarkan, maka terjadilah suatu hal yang luarbiasa, tiba-tiba aktif kuasanya, terserlah berbagai kemampuan yang luar biasa, meningkat kepekaannya, selalu memperoleh petunjuk, jalan keluar terbaik dari setiap permasalahannya, rezeki mengalir lancar, dalam beberapa waktu sahaja sudah mencapai keberhasilan dan kejayaan di jalan yang diredhai Allah.
RAHSIANYA AKAN ANDA TEMUI DI DALAM BENGKEL INI!

Antara Manfaat Selepas Mengikuti Bengkel Ini Ialah

AMALAN 100% TERBUKTI BERKESAN

Peluang yang bakal mengubah hidup anda selamanya.

KLIK SINI SERTA MERTA!!