Ekin Cederakan Aien Sampai Melecur!

Pada: Rabu, 7 Ogos 2013

Kisah ini memetik daripada portal SinarHarian semalam. Dimana Ekin iaitu isteri kepada Mawi dan juga kembar kepada Aien pernah mengakui mencederakan kembarnya itu tahap teruk juga lah katakan.

Mana tidaknya sampai melecur dan berkudis. Tak ke naya kerjanya tu. Tapi itu semua cerita bermula apabila mereka masih lagi kanak-kanak bermain mercun/bunga api. Haha.

Zaman kanak-kanak rindu juga nak main mercun, sekarang dah dewasa main Facebook je di malam Raya.

"Ketika itu, saya dan Aien, sedang main bunga api. Seperti pasangan kembar yang lain, kami juga gemar mengusik.

"Masa tengah seronok main, bunga api yang saya pegang terkena muka Aien. Dia terus menangis dan ibu terus membawanya ke klinik.

"Kecederaan di muka Aein agak teruk apabila kulit mukanya melecur dan berkudis.

"Saya memang rasa bersalah dengan Aien dan minta maaf. Tapi, Aien merajuk dan tak nak maafkan saya.

"Syukur Alhamdulillah, kesan melecur itu hilang bila meningkat remaja. Selepas insiden itu, kami dah fobia nak main bunga api," -Ekin

Tag : , , , , , ,